UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti
UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti

KUALA LUMPUR, 22 Nov – UMNO Bahagian Kepong menolak keras cadangan untuk meminda Federal Capital Act 1960 dibuat secara menyeluruh, melibatkan semua pihak berkepentingan, dan disertai jaminan kukuh bahawa kedudukan serta suara komuniti minoriti bandar akan terus dilindungi.
Ketuanya, TPr Abdul Razak Abdul Rahman menegaskan, jangan terlalu rakus memperkenalkan dasar atau cadangan yang dilihat tidak seimbang seperti cadangan URA dan pilihan raya PBT sebelum-sebelum ini yang dilihat terlampau drastik dan jelas berkepentingan politik serta condong ke arah kapitalis.
“Cadangan untuk meminda Federal Capital Act 1960 bagi mewujudkan sistem pentadbiran berasaskan kaunselor di Kuala Lumpur menimbulkan beberapa kebimbangan besar. Kuala Lumpur adalah milik semua rakyat Malaysia, dan pentadbirannya tidak boleh dibiarkan tunduk kepada pendekatan politik sempit semata-mata.
“Perkara ini bukan semata-mata persoalan politik parti, tetapi persoalan asas tentang perlindungan hak komuniti yang semakin terpinggir, memastikan setiap kelompok mempunyai suara dalam pembangunan bandar, dan mengelakkan dominasi politik yang tidak seimbang dalam tadbir urus ibu negara.
“Kebimbangan itu terutamanya dalam konteks keseimbangan kuasa, keadilan representasi, serta kedudukan komuniti minoriti di bandar yang semakin mengecil dari segi demografi dan pengaruh politik,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Malam Anak Muda Bangkit Semarakkan Kempen PRN Sabah Pantai Dalit
Seterusnya kata beliau, walaupun reformasi institusi sentiasa dialu-alukan, kita tidak boleh membiarkan perubahan struktur pentadbiran digunakan sebagai jalan pintas untuk mengalihkan kuasa politik ke arah satu kelompok sahaja.
Justeru, kata Abdul Razak sebarang cadangan yang berpotensi menjejaskan suara mana-mana komuniti minoriti termasuk komuniti Melayu bandar yang jumlahnya semakin berkurang mesti dilihat dengan penuh berhati-hati.

“Hakikat politik Kuala Lumpur perlu difahami secara jujur dan majoriti Ahli Parlimen Kuala Lumpur datang daripada satu parti yang dominan di kawasan bandar dan cadangan mewujudkan sistem kaunselor boleh membuka ruang kepada konsentrasi kuasa yang lebih ketara di tangan kumpulan politik tersebut.
“Ini menimbulkan persoalan besar tentang semak imbang, ketelusan, dan keadilan representasi terhadap semua komuniti, terutama kelompok minoriti yang tidak memiliki kelebihan angka,” katanya lagi.
Tambah beliau, dengan struktur pentadbiran yang sedia ada, sekurang-kurangnya terdapat mekanisme kawalan kuasa yang lebih jelas melalui kerajaan Persekutuan dan proses semasa.
“Cadangan dangkal memperkenalkan lapisan baharu seperti kaunselor bandar yang kemungkinan besar akan dikuasai oleh parti yang sama berdasarkan pola politik Kuala Lumpur.
“Ia boleh menyebabkan keputusan dasar bandar menjadi terlalu berat sebelah, kurang diversiti pendapat, dan mengabaikan sensitiviti sosial bandar raya ini,” ujarnya. – UMNO Online
UMNO Kepong Bantah Pindaan Federal Capital Act 1960, Bimbang Jejas Suara Minoriti
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca
You must be logged in to post a comment.