Jangan Korbankan Lima Tahun Dengan Pilih Kerajaan Berdasarkan Persepsi – Mohd Rafi
Jangan Korbankan Lima Tahun Dengan Pilih Kerajaan Berdasarkan Persepsi – Mohd Rafi

KOTA KINABALU, 21 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, mengingatkan pengundi agar tidak mengorbankan masa depan lima tahun hanya kerana terpengaruh dengan persepsi yang dimainkan oleh sesetengah pihak dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
Beliau menegaskan bahawa rekod pembangunan di Sabah jelas membuktikan keupayaan Barisan Nasional (BN) dalam membawa perubahan besar, sama ada dari segi infrastruktur, pendidikan mahupun kesihatan.
Menurutnya, pembangunan jalan raya, sekolah yang berubah daripada struktur kayu kepada bangunan batu bertingkat, hospital yang semakin moden, serta peningkatan akses pendidikan termasuk ke peringkat universiti adalah hasil perjuangan kerajaan Persekutuan yang dipimpin BN suatu waktu yang lalu.
“Perubahan yang sangat drastik dibawa oleh BN sama ada di Persekutuan atau di peringkat negeri Sabah. Ini adalah reality dan semuanya ada terbukti trek rekodnya.
“Setiap tahun, kerajaan Persekutuan memberikan dana paling tinggi kepada Sabah. Ini bukti hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting untuk kesinambungan pembangunan,” katanya._
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Malam Anak Muda Bangkit Semarakkan Kempen PRN Sabah Pantai Dalit
Mohd Rafi menekankan bahawa rakyat Sabah perlu bersatu tanpa mengira agama, bangsa atau ideologi untuk memilih kerajaan yang mampu menjamin pembangunan dan kestabilan politik.
“Jangan korbankan masa depan lima tahun hanya kerana mempercayai persepsi. Pilihlah kerajaan yang boleh menjamin kemajuan dan kestabilan negeri. Jika mahu Sabah maju, rakyat perlu bersatu dan menolak sentimen sempit yang memecahbelahkan,” tegasnya ketika bercakap dalam Podcast HitamPutihKelabu Khas yang diadakan sempena PRN Sabah bertajuk ‘Demi Rakyat Demi Sabah’.
Dengan landskap politik Sabah yang sentiasa dinamik, Mohd Rafi menyeru juga rakyat untuk membuat keputusan berasaskan rekod dan kemampuan sebenar, bukan persepsi atau propaganda.
Beliau turut menyifatkan permainan sentimen bahawa “parti Semenanjung” sebagai taktik mengelirukan rakyat, sedangkan apa yang lebih penting ialah memastikan Sabah dipimpin oleh kerajaan yang stabil, berkebolehan dan mempunyai hubungan baik dengan Persekutuan.
“Kalau mahu Sabah maju maka bersatulah, bila datang pilihan raya jangan terpengaruh dengan persepsi kononnya musuh mereka adalah dari semenanjung dan sebagainya.” – UMNO Online
Jangan Korbankan Lima Tahun Dengan Pilih Kerajaan Berdasarkan Persepsi – Mohd Rafi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca
You must be logged in to post a comment.