Malam Anak Muda Bangkit Semarakkan Kempen PRN Sabah Pantai Dalit
Malam Anak Muda Bangkit Semarakkan Kempen PRN Sabah Pantai Dalit

TUARAN, 20 Nov – Suasana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semakin rancak apabila Barisan Nasional (BN) Pantai Dalit menganjurkan program Malam Anak Muda Bangkit di N.13 Pantai Dalit, sebagai usaha memperkukuh sokongan belia terhadap parti menjelang hari pengundian.
Program yang berlangsung di Command Center BN Pantai Dalit juga di rumah keluarga calon di Kampung Mengkabong itu menjadi tumpuan dengan kehadiran Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, bersama Calon BN N.13 Pantai Dalit, Alfian Sambas.
Kehadiran kedua-dua pemimpin ini memberi suntikan semangat kepada jentera serta pengundi muda yang dianggap sebagai kelompok penentu dalam PRN kali ini.
Acara malam tersebut turut menyaksikan pelancaran rasmi lagu kempen bertajuk ‘Demi Dalit, Kita Bangkit’, sebuah lagu yang dicipta khas bagi membangkitkan semangat perjuangan dan kesatuan anak muda Pantai Dalit.
Pelancaran lagu itu disempurnakan oleh Bung Moktar yang kemudiannya berkunjung ke rumah keluarga Alfian, di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Program Malam Anak Muda Bangkit turut menyaksikan penglibatan jentera BN dari pelbagai peringkat yang hadir untuk menunjukkan solidariti mereka.
Alfian sebagai calon N13 Pantai Dalit dengan nombor calon 07 berdepan saingan tujuh penjuru menggariskan komitmen untuk membawa suara rakyat Pantai Dalit ke peringkat lebih tinggi, selaras dengan tema perjuangan BN pada PRN kali ini seperti Radu Tatap Radu. – UMNO Online
Malam Anak Muda Bangkit Semarakkan Kempen PRN Sabah Pantai Dalit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.