Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca
Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan memohon agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk menyokong penganjuran Pesta Bola Ngoca.
Ujarnya, Pesta Bola Ngoca merupakan acara tahunan yang mengangkat sukan tradisi dan kebudayaan Negeri Sembilan.
“Kuala Pilah amat dikenali melalui penganjuran tahunan Pesta Bola Ngoca, iaitu aktiviti bermain bola di dalam sawah yang menjadi satu-satunya acara seumpamanya di Malaysia.
“Pesta ini bukan sahaja mengangkat sukan tradisi dan kebudayaan Negeri Sembilan, tetapi turut menjadi ‘trademark’ daerah Kuala Pilah. Popularitinya semakin meningkat dengan penyertaan pasukan dari luar negeri, menjadikan Kuala Pilah destinasi tumpuan sukan komuniti yang mempunyai identiti tersendiri.
“Oleh itu, Kuala Pilah mohon agar KPKT dapat mempertimbangkan peruntukan untuk menyokong penganjuran Pesta Bola Ngoca ini. Acara ini bukan sekadar sukan warisan tetapi telah berkembang sebagai aset pelancongan komuniti selari dengan agenda KPKT di bawah Kemampanan Bandar dan Komuniti Bandar Mampan, yang menekankan pembangunan komuniti melalui aktiviti sosial, ekonomi dan kebudayaan setempat,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, semalam.
Dalam pada itu, beliau turut memohon KPKT untuk menyalurkan peruntukan bagi menaik taraf kemudahan awam di kawasan penganjuran program tersebut.
“Untuk memastikan pesta ini dapat dianjurkan dengan skala lebih besar, teratur dan selamat, Kuala Pilah berharap agar kementerian dapat menyalurkan peruntukan untuk menaik taraf kemudahan awam di kawasan penganjuran, pemasangan pencahayaan tambahan bagi keselamatan, kerja-kerja pembersihan, penyediaan kawasan sawah serta pengurusan sisa dan memperindah landskap kampungkampung terlibat untuk memberi imej yang bersih serta menarik kepada pengunjung.
“Dengan sokongan KPKT melalui peruntukan Kesejahteraan Komuniti ini, Kuala Pilah yakin Pesta Bola Ngoca berpotensi ditingkatkan sebagai acara komuniti berimpak tinggi di peringkat negeri dan kebangsaan.
“Ia mampu menjadi model program pembangunan komuniti luar bandar yang berjaya, sekali gus menyumbang kepada ekosistem masyarakat Madani nan berdaya huni, inklusif dan bersemangat kekitaan,” katanya lagi. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Kuala Pilah Mohon KPKT Pertimbang Peruntukan, Sokong Penganjuran Pesta Bola Ngoca
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malam Anak Muda Bangkit Semarakkan Kempen PRN Sabah Pantai Dalit
You must be logged in to post a comment.