Kebajikan Rakyat Fokus Utama, Perkukuh Gerak Kerja Untuk BN – Erwan Palette
Kebajikan Rakyat Fokus Utama, Perkukuh Gerak Kerja Untuk BN – Erwan Palette

BALUNG, 20 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), Balung, Erwan Palette menzahirkan keyakinan bahawa pengundi di kawasan ini tetap setia kepada BN.
Menurutnya, sokongan pengundi dan gerak kerja yang dilakukan oleh jentera BN Balung terus memberi keyakinan dalam usaha pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
“Saya sudah menjelajah enam pusat daerah mengundi (PDM) serta melihat gerak kerja jentera BN, pengundi-pengundi serta warga Balung. Alhamdulillah kebanyakan masyarakat di DUN ini memihak dan menerima BN.
“Ada beberapa perkara yang ingin diketengahkan oleh masyarakat di sini, khususnya berkaitan masalah infrastruktur awam seperti ketiadaan lampu jalan, keperluan pembesaran jalan raya serta isu bekalan air yang kerap terputus. Semua ini menjejaskan urusan harian penduduk kampung,” katanya kepada UMNO Online ketika ditemui semasa lawatan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Andrassy.
Tambah Erwan, penyelesaian terhadap isu asas tersebut akan menjadi keutamaan sekiranya beliau diberikan mandat pada PRN kali ini, sejajar dengan komitmen BN untuk membawa pembangunan yang lebih tersusun dan inklusif ke kawasan Balung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Mengulas lanjut, beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau menekankan kepentingan menyediakan kemudahan untuk golongan muda.
“Anak-anak muda juga memerlukan ruang riadah seperti padang sukan, gelanggang futsal, dewan dan kemudahan rekreasi lain bagi membolehkan mereka beraktiviti dalam suasana yang selesa dan teratur.
“Usaha menyediakan kemudahan ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah membantu memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
“Dengan adanya tempat yang sesuai untuk bersukan dan beriadah, kita dapat menyalurkan tenaga positif anak-anak muda serta mengurangkan aktiviti yang tidak sihat,” jelasnya.
Pada masa yang sama, kata Erwan lagi, pengundi di Balung menunjukkan sokongan yang semakin padu terhadap BN.

“Sememangnya pengundi-pengundi di sini ramai yang menyokong BN, walaupun masa PRN lalu, BN memenanginya dan wakil rakyat tersebut melompat ke pihak lawan, namun pengundi tetap setia dengan parti ini.
“Saya mengharapkan kepada semua pengundi-pengundi DUN Balung agar terus menyokong dan mengundi BN. Hanya BN yang boleh membawa hala tuju yang mantap bagi Sabah,” ujarnya lagi. – UMNO Online
Kebajikan Rakyat Fokus Utama, Perkukuh Gerak Kerja Untuk BN – Erwan Palette
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.