Jangan Lepas Peluang Untuk Pilih Calon Muda, Zharif Di DUN Sekong
Jangan Lepas Peluang Untuk Pilih Calon Muda, Zharif Di DUN Sekong

BATU SAPI 21 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, menyeru pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong agar tidak melepaskan peluang pada 29 November ini untuk mengundi calon muda Barisan Nasional (BN), Mohd Zharif Aizat Samsudin, yang juga merupakan anak kepada bekas ADUN kawasan tersebut, Allahyarham Datuk Shamsudin.
Beliau menekankan bahawa golongan muda kini membentuk kira-kira 60 peratus daripada penduduk, dan peratusan pengundi muda yang tinggi antara 50 hingga 63 peratus membuktikan bahawa generasi muda memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan politik negara.
“Contoh di sini, Mohd Zharif Aizat Samsudin adalah calon paling muda dalam pertandingan kali ini. Dari lebih 500 calon, beliau adalah calon termuda, baru sahaja mencecah umur 30 tahun,” katanya kepada UMNO-Online.
Terdahulu beliau bersama calon BN DUN Sekong, Mohd Zharif Aizat Samsudin bermah mesra bersama masyarakat setempat di Kg Istimewa.
Beliau seterusnya menjelaskan sepanjang kempen berlangsung, calon muda tersebut menunjukkan semangat yang tinggi dan pendekatan yang mesra rakyat, mampu menarik perhatian pengundi muda dan masyarakat setempat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
“Saya sudah berada di sini berkempen untuk pusingan ketiga dan sudah boleh dikatakan menyelami hampir semua tempat, khususnya PDM yang saya diamanahkan di N53 ini. Beliau mempunyai nada ‘wave’ yang kuat, anak muda telah menarik perhatian ramai,” tambah beliau.
Abdul Azeez turut menyeru semua pemimpin dan pengundi agar bersatu dan berniat satu demi kemenangan calon muda BN, menekankan bahawa pengundi harus menilai prestasi BN sejak 2018 berdasarkan pencapaian sebenar.
“Semua orang tahu bahawa BN mempunyai hala tuju yang jelas. Saya sendiri gembira dan bersemangat untuk bekerja. Mohd Zharif Aizat Samsudin membawa kesinambungan perjuangan keluarganya,” kata beliau.
Beliau juga menekankan sejarah kawasan tersebut, termasuk Kampung Istimewa, yang asalnya dikenali sebagai Kampung Jaya Lama. Dua puluh tahun lalu, semasa lawatan Tun Abdul Ghafar Baba, kampung tersebut dinamakan semula sebagai Kampung Istimewa, menunjukkan hubungan rapat komuniti dengan UMNO.
“Arwah ayah beliau, Datuk Shamsudin, pernah menjadi ADUN di sini dan telah banyak berjasa. Kini, Mohd Zharif Aizat Samsudin adalah kesinambungan legasi tersebut, membawa aspirasi generasi muda serta memastikan pembangunan dan khidmat rakyat diteruskan,” ujar beliau. – UMNO Online
Jangan Lepas Peluang Untuk Pilih Calon Muda, Zharif Di DUN Sekong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malam Anak Muda Bangkit Semarakkan Kempen PRN Sabah Pantai Dalit
You must be logged in to post a comment.