Ahli GRS Sertai BN, Cermin Gelombang Perubahan – Suhaimi

Ahli GRS Sertai BN, Cermin Gelombang Perubahan – Suhaimi

Ahli GRS Sertai BN, Cermin Gelombang Perubahan – Suhaimi
Menurut Suhaimi, tindakan tersebut mencerminkan gelombang perubahan yang semakin jelas di peringkat akar umbi, apabila semakin ramai ahli parti lawan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PGRS yang dilihat gagal mentadbir dengan baik  bukan sahaja dalam urusan kerajaan, malah pentadbiran parti sendiri yang semakin kucar-kacir.
“Penyertaan mereka bukan perkara kecil. Apabila Timbalan Ketua Bahagian bersama ratusan ahli keluar parti, itu menunjukkan ada krisis kepercayaan yang serius terhadap kepimpinan sedia ada,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan borang keahlian di Pulau Nunuyan, di sini.
Simbolik kepada acara berkenaan, Suhaimi menyarungkan baju BN kepada Emran Elan serta menaikkan bendera BN di PDM berkenaan dengan iringan lagu ‘Inilah Barisan Kita’ yang dinyaikan bersama seluruh jentera BN yang lain.
Suhaimi turut merakamkan penghargaan kepada Emran Elan dan seluruh ahli yang kembali bersama UMNO dan BN, menyifatkan ia sebagai lonjakan semangat baharu kepada jentera kempen BN di DUN Sg Sibuga.
Ahli GRS Sertai BN, Cermin Gelombang Perubahan – Suhaimi
“Kehadiran mereka ini menjadi isyarat jelas bahawa rakyat mahu perubahan. Sokongan lebih 300 orang hari ini memberi kekuatan tambahan kepada jentera BN untuk memastikan kemenangan lebih besar di Sibuga,” tegasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Dalam masa yang sama, Suhaimi turut mendedahkan bahawa tiga cawangan Parti Warisan, termasuk satu di Sungai Korek, juga telah menyatakan hasrat untuk menyertai BN selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti masing-masing.
“Bukan sekadar kebimbangan lagi, mereka kini sudah hilang kepercayaan sepenuhnya terhadap kepimpinan parti sendiri. BN kekal sebagai wadah yang stabil, berpengalaman dan diyakini rakyat,” katanya.
DUN Sungai Sibuga menyaksikan pertandingan lima penjuru melibatkan Ismail Md Said (PIS), Nurulalsah Hassan Alban (Warisan), Norani Asmatil (PN-Bersatu), Datuk Amirshah Yaakub (GRS-Gagasan Rakyat). – UMNO Online

Ahli GRS Sertai BN, Cermin Gelombang Perubahan – Suhaimi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Malam Anak Muda Bangkit Semarakkan Kempen PRN Sabah Pantai Dalit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker