Pecah rumah pempengaruh, pasangan tunang ditahan

Pecah rumah pempengaruh, pasangan tunang ditahan

Pecah rumah pempengaruh, pasangan tunang ditahan

KAJANG: Pasangan tunang ditahan sekitar Batu 9, di sini semalam berhubung kes kecurian membabitkan kerugian RM360,000 di kediaman wanita itu sekitar Sungai Long, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya sedang mengesan beberapa orang lagi suspek disyaki terbabit dalam kecurian itu.

Beliau berkata, kedua suspek disyaki terbabit dalam kejadian itu adalah kenalan kepada mangsa berkenaan.

“Pada jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan seorang lelaki dan wanita tempatan.

“Suspek lelaki berusia 21 tahun adalah seorang pekerja swasta manakala suspek wanita berusia 37 tahun adalah penganggur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis merampas dua telefon bimbit bagi membantu mengesan barangan yang dicuri serta saki-baki suspek terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Katanya, pemeriksaan rekod mendapati kedua-dua suspek terbabit masing-masing mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan narkotik.

Naazron, suspek wanita direman sehari bermula kelmarin sehingga semalam manakala suspek lelaki direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan 379A Kanun Keseksaan.

Terdahulu media melaporkan, polis sedang mengesan suspek memecah masuk kediaman individu aktif di media sosial di Bandar Sungai Long, Kajang, hari ini yang mengakibatkan mangsa kerugian hampir RM360,000.

Naazron dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 9.03 pagi dan siasatan awal mendapati kediaman itu dipecah masuk ketika pemiliknya tiada di rumah.

Katanya, pengadu seorang penjawat awam lelaki berusia 32 tahun menyatakan barangan berharga termasuk barang kemas milik isterinya dan empat topi keledar jenama Shoei dan Arai hilang.

Pecah rumah pempengaruh, pasangan tunang ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker