Nepal ‘parkir bas’, jersi Syihan paling bersih

Nepal ‘parkir bas’, jersi Syihan paling bersih

Nepal 'parkir bas', jersi Syihan paling bersih
PEMAIN Malaysia, Dion Cools (tengah) diasak dua pemain Nepal pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Nepal menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Taktikal ‘parkir bas’ pasukan Nepal nyata memberi kesukaran kepada jentera serangan skuad Harimau Malaya untuk meledak lebih banyak gol dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.

Dalam aksi kelima Kumpulan F itu, skuad kebangsaan sekadar melakar kemenangan tipis 1-0 menerusi jaringan tunggal Faisal Halim di awal babak kedua.

Walaupun dihidangkan hampir lima peluang terbaik mencetak gol, namun anak didik Peter Cklamovski gagal menambah gol termasuk sepakan penalti Paulo Josue yang melambung tinggi di penghujung saingan.

Malah, statistik perlawanan juga memnyaksikan Nepal langsung tidak melakukan sebarang percubaan ke arah pintu gol negara yang banyak berehat sepanjang 90 minit aksi.

Jersi penjaga gol negara, Syihan Hazmi juga dilihat cukup bersih tanpa sebarang kekotoran kerana tidak diuji penyerang lawan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Ternyata taktikal bertahan berkenaan memberi kesukaran kepada Malaysia.

Kemenangan tipis itu membolehkan skuad Harimau Malaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kempen kelayakan kali ini dengan menghimpun 15 mata maksimum untuk berada di tangga pertama Kumpulan F.

Selepas ini, skuad kebangsaan akan berdepan Vietnam di Hanoi pada Mac tahun depan dan ia dianggap aksi penentu pasukan yang akan melayakkan diri ke Piala Asia di Arab Saudi pada 2027 nanti.

Nepal ‘parkir bas’, jersi Syihan paling bersih

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker