Nepal akur Harimau Malaya terlalu kuat- Hari Khadka
Nepal akur Harimau Malaya terlalu kuat- Hari Khadka

Kuala Lumpur: Malaysia sukar untuk ditewaskan.
Itu rumusan jurulatih Nepal, Hari Khadka yang melihat pasukannya berdepan cabaran besar apabila menentang Malaysia pada aksi kelima Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Menurut Khadka, Malaysia merupakan pasukan yang sukar ditewaskan apabila berjaya menguasai 90 minit perlawanan dengan melakukan serangan bertali arus.
“Malaysia adalah pasukan yang sangat bagus dan sukar untuk ditewaskan kerana mereka bermain dengan baik dan berjaya mengekang setiap serangan kami,” katanya, pada sidang media selepas perlawanan, sebentar tadi.
Beliau menambah, skuad Nepal cuba untuk bangkit pada beberapa fasa perlawanan, namun ketelitian pertahanan Malaysia menyukarkan mereka menjaringkan gol.
“Kami cuba mengekalkan tekanan, tetapi pemain Malaysia menunjukkan disiplin tinggi dalam menutup setiap ruang yang ada. Ini sesuatu yang perlu kami pelajari,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Pada masa sama, beliau juga mengakui mentaliti dan pengalaman pemain Malaysia memberikan tekanan kepada pasukan muda Nepal.
“Pemain Malaysia jelas berpengalaman dan tahu bagaimana untuk mengawal tempo permainan, manakala kami masih membina keyakinan di peringkat antarabangsa,” katanya.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi, menyaksikan skuad Harimau Malaya terus mempamerkan aksi cemerlang apabila merekodkan kemenangan kelima dalam peringkat kumpulan.
Gol tunggal yang dijaringkan Faisal Halim sudah cukup untuk memastikan skuad Harimau Malaya meraih kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan terbabit.
Nepal akur Harimau Malaya terlalu kuat- Hari Khadka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.