Lelaki jatuh jambatan Pulau Pinang ditemukan lemas 8km dari lokasi kejadian

Lelaki jatuh jambatan Pulau Pinang ditemukan lemas 8km dari lokasi kejadian

Lelaki jatuh jambatan Pulau Pinang ditemukan lemas 8km dari lokasi kejadian
Lelaki yang dipercayai terjatuh di Jambatan Pulau Pinang dua hari lalu, ditemukan lemas pagi tadi. – Foto Ihsan JBPM

GEORGETOWN: Mayat lelaki ditemukan di sini pagi tadi, disahkan sebagai lelaki yang dilaporkan terjatuh di Jambatan Pulau Pinang di sini, dua hari lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, mengesahkan penemuan berkenaan.

Katanya, mayat ditemukan pada jam 9.35 pagi di Jeti Pelayaran di Pangkalan Weld di sini, kira-kira lapan kilometer dari tempat mangsa dipercayai jatuh.

“Mayat mangsa berusia 25 tahun itu dibawa ke jeti Jabatan Laut, Batu Uban dan kes diserah kepada polis bagi tindakan lanjut.

“Operasi yang turut membabitkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) itu ditamatkan pada jam 11.45 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Sementara itu, isteri mangsa, Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, menerima maklumat penemuan mayat suaminya, Elmi Nur Zamani Aizat Abdul Azim, 25, pada jam 9.50 pagi.

“Mayat suami saya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abang ipar mangsa dikenali sebagai Fitri, 25, berkata beliau dan isteri tinggal bersama arwah.

“Dia bekerja sebagai pembantu peniaga di pasar malam dan kerap membantu.

“Banyak maklumat tidak tepat di media sosial, saya tidak boleh menyekat tetapi berharap ia dihentikan segera,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan di Penaga.

Ahad lalu, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari arah pulau menghala Perai.

Mangsa dikatakan meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian dan telefon bimbit manakala motosikal Yamaha Y16 miliknya ditinggalkan di tepi tembok jambatan.

Lelaki jatuh jambatan Pulau Pinang ditemukan lemas 8km dari lokasi kejadian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker