Lelaki hilang dihanyutkan kepala air berhampiran pintasan Saloma, SAR disambung pagi ini

Lelaki hilang dihanyutkan kepala air berhampiran pintasan Saloma, SAR disambung pagi ini

Lelaki hilang dihanyutkan kepala air berhampiran pintasan Saloma, SAR disambung pagi ini
SAR seorang lelaki berbangsa India yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang petang tadi akan disambung semula pada jam 9.30 pagi esok (pagi ini). – Foto tular

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma, di sini, akan diteruskan pada 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata operasi SAR dihentikan 11 malam tadi atas faktor keselamatan kerana keadaan arus deras dan persekitaran yang gelap.

“SAR seorang lelaki berbangsa India yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang petang tadi akan disambung semula pada jam 9.30 pagi esok (pagi ini).

“Setakat ini mangsa masih belum ditemukan, pasukan SAR yang terdiri daripada polis, bomba dan agensi lain akan menyambung pencarian esok pagi,” katanya dalam kenyataan ringkas tengah malam tadi.

Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang dikhuatiri lemas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma, kira-kira 5.40 petang semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Sazalee dilaporkan berkata, ketika kejadian terdapat 13 pekerja sedang bertugas di lokasi berkenaan di mana 12 daripada mereka dapat diselamatkan terdiri daripada tujuh warga Indonesia, Bangladesh (empat), dan seorang tempatan.

Lelaki hilang dihanyutkan kepala air berhampiran pintasan Saloma, SAR disambung pagi ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker