Lelaki ditemukan maut atas siling rumah terkena renjatan elektrik

Lelaki ditemukan maut atas siling rumah terkena renjatan elektrik

Lelaki ditemukan maut atas siling rumah terkena renjatan elektrik
Foto hiasan.

MELAKA: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja di bahagian atas siling sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah di sini malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu, Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Shamser Mat Sharif, berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika operasi menyelamat dilakukan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 kira-kira jam 9 malam tadi dan operasi dilakukan BBP Padang Temu membabitkan kekuatan lima anggota dan sebuah jentera.

“Pihak bomba tiba di lokasi kejadian dalam tempoh kira-kira enam minit dan seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri sebelum dibawa turun menggunakan pengusung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa diberi rawatan awal sebaik dibawa turun, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Muhammad Shamser berkata mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 10.03 malam.

Lelaki ditemukan maut atas siling rumah terkena renjatan elektrik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker