Konstabel maut langgar lori buat pusingan U

Konstabel maut langgar lori buat pusingan U

Konstabel maut langgar lori buat pusingan U
Keadaan motosikal Konstabel Mohamad Amirul Safwan Shahbani selepas nahas di Jalan Lubuk Pinang, Sanglang, Jitra, Kedah, semalam. – Foto PDRM

JITRA: Anggota polis maut selepas gagal mengelak sebuah lori membuat pusingan U di Jalan Lubuk Pinang, Sanglang, di sini, semalam.

Dalam kemalangan itu, Konstabel Mohamad Amirul Safwan Shahbani, 23, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jitra (HJ).

Mangsa dipercayai berasal dari Kampung Bintongan, Rembau, Negeri Sembilan dan kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang daripada bertugas di Balai Polis Air Hitam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 4.50 petang semalam membabitkan sebuah lori jenis Nissan Vanette dengan sebuah motosikal Yamaha 125ZR.

Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 70 tahun itu berada di tepi jalan bergerak membuat pusingan U ke kanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Mangsa yang bergerak dari Balai Polis Air Hitam menuju ke Sanglang gagal mengelak lori berkenaan sehingga menyebabkan berlaku perlanggaran. Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah luka di kaki kiri, cedera di tangan kiri dan dalaman dihantar ke HJ untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Radzi berkata, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Star untuk bedah siasat.

“Pemandu lori berkenaan pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Konstabel maut langgar lori buat pusingan U

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker