Jepun semakin yakin menuju Piala Dunia 2026
Jepun semakin yakin menuju Piala Dunia 2026

Tokyo: Ketua jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu berkata pasukannya akan menghadapi tahun hadapan dengan keyakinan tinggi bahawa mereka mampu memberikan impak pada Piala Dunia selepas menewaskan Bolivia 3-0 dalam aksi persahabatan pada Selasa.
Skuad Moriyasu meraih kemenangan persahabatan ketiga berturut-turut, termasuk kemenangan pertama ke atas Brazil, bagi menutup tahun dengan keputusan positif di Stadium Negara Jepun.
Ia juga merupakan aksi tanpa bolos kedua berturut-turut selepas kemenangan 2-0 ke atas Ghana pada Jumaat.
Moriyasu sebelum ini menyatakan Jepun menyasarkan untuk memenangi Piala Dunia dan beliau percaya pasukannya sedang membina momentum ke arah kejohanan yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
“Kerja keras yang kami lakukan tahun ini membolehkan kami mengekalkan rekod tanpa bolos,” kata Moriyasu yang mengendalikan Jepun buat kali ke-100.
“Tidak kira siapa lawan kami, yang penting adalah cara kami bermain dan mencari jaringan. Kemenangan hari ini memberi kami keyakinan dan menjadi landasan menghadapi cabaran tahun depan”.
Gol awal pemain Crystal Palace, Daichi Kamada, membuka jalan sebelum jaringan separuh masa kedua oleh pemain gantian Shuto Machino dan Keito Nakamura memastikan kemenangan selesa Jepun.
Jepun tetap berjaya mencatat kemenangan walaupun Moriyasu melakukan tujuh pertukaran daripada kesebelasan utama ketika menentang Ghana.
“Perlawanan ini menunjukkan bahawa kami boleh menang tidak kira siapa yang diturunkan dan tidak kira sama ada perlawanan berjalan mengikut rentak kami ataupun tidak,” katanya.
Kamada, yang masih belum menjaringkan gol untuk kelabnya musim ini, meledak dengan sepakan kaki kiri pada minit kelima.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Saya bermain di posisi tengah hari ini tetapi saya diarahkan untuk cuba berada dalam situasi menjaringkan gol,” kata pemain berusia 29 tahun itu.
“Ia satu hantaran silang yang baik dan saya berjaya menyudahkannya”.
Bolivia turut berpeluang layak ke Piala Dunia dan akan beraksi dalam aksi play-off antara benua pada Mac, selepas menamatkan saingan kelayakan Amerika Selatan di tangga ketujuh.
Ketua jurulatih Oscar Villegas mengakui pasukannya jelas ketinggalan berbanding Jepun.
“Jepun memberi tekanan kepada kami sejak awal permainan. Kami cuba menghalang mereka menembusi garisan permainan kami tetapi ia sangat sukar, seperti yang mereka tunjukkan ketika menentang Brazil,” kata Villegas.
Jepun semakin yakin menuju Piala Dunia 2026
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.