Dua gol masa kecederaan bawa Scotland ke Piala Dunia pertama sejak 1998

Dua gol masa kecederaan bawa Scotland ke Piala Dunia pertama sejak 1998

Dua gol masa kecederaan bawa Scotland ke Piala Dunia pertama sejak 1998
MCLEAN (jersi 23) dipeluk rakan sepasukan selepas menjaringkan gol keempt Scotland ketika menang 4-2 ke atas Denmark. REUTERS

Glasgow: “Kami bermain teruk tapi siapa peduli?” kata pemain tengah, John McGinn ketika suasana kegembiraan meletus di Hampden Park selepas Scotland menang 4-2 ke atas Denmark di Hampden Park, awal pagi tadi, sekali gus layak ke akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998.

Tidak ramai yang akan membantah penilaian McGinn pada malam sangat penting buat Scotland dan Tartan Army apabila tiga mata itu memastikan mereka mengatasi memintas Denmark untuk tempat pertama Kumpulan C dan slot automatik ke kejohanan 48 negara di Amerika Utara, tahun depan.

Sebahagian besar perlawanan menyaksikan Denmark lebih unggul, walaupun mereka bermain dengan 10 orang, namun Scotland menjaringkan tiga gol berkualiti tinggi pada malam yang bakal menjadi sebahagian daripada cerita legenda bola sepak Scotland.

Jaringan sepakan gunting Scott McTominay pada minit ketiga cukup hebat untuk memenangi mana-mana perlawanan, tetapi akhirnya sekadar imbasan apabila Kieran Tierney dan Kenny McLean menjaringkan gol pada masa kecederaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Tierney melakukan sepakan kaki kiri yang cantik dan McLean dengan rembatan menakjubkan dari garisan tengah.

“Saya rasa kami agak teruk sebenarnya, tapi siapa peduli?” kata McGinn kepada BBC.

“Dapat melepasi garisan penamat adalah satu perasaan luar biasa. Ucapan motivasi jurulatih sangat hebat.

“Denmark nampak lebih meyakinkan tetapi kami sudah melalui banyak trauma sebagai pasukan Scotland dan banyak kali menerima tamparan.

“Dapat melepasi halangan malam ini adalah perasaan yang menakjubkan.

“Ia amat mengerikan. Kita fikir semuanya sudah berakhir, kegagalan penuh gaya, satu lagi tamparan. Saya sudah memikirkan playoff pada minit ke-91. Tetapi rembatan Kieran saya takkan rasa perasaan seperti itu lagi dalam mana-mana stadium bola sepak.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Pengurus, Steve Clarke membawa Scotland ke dua Kejohanan Eropah sebelum ini, tetapi kedua-duanya berakhir tanpa mereka melepasi peringkat kumpulan, hanya menjaringkan tiga gol dalam enam perlawanan keseluruhan.

Di antara itu terdapat kegagalan playoff Piala Dunia menentang Ukraine pada 2022 apabila Clarke mengakui pasukannya seperti membeku.

Jika Scotland tidak menang perlawanan awal pagi tadi, mereka tetap bakal beraksi dalam playoff penentuan terakhir pada Mac depan.

Namun pengakhiran dramatik perlawanan penentuan itu bermakna mereka terselamat daripada detik cemas itu.

“Kieran Tierney baru beritahu saya dia menjaringkan gol ketiga terbaik dalam perlawanan dan ia memang padu. Memang menakjubkan,” kata McLean.

“Kami tahu kami ada kemampuan tetapi melakukannya pada saat-saat akhir menjadikannya sedikit istimewa. Luar biasa. Luar biasa.”

Ia kelihatan seolah-olah gol Patrick Dorgu pada minit ke-82 iaitu jaringan penyamaan kedua Denmark, bakal menghancurkan hati Scotland.

Namun selepas kempen kelayakan penuh turun naik, anak buah Clarke menyimpan detik terbaik hingga saat terakhir.

“Ada beberapa detik dalam perlawanan yang memihak kepada kami. Kami mendahului 2-1 ketika lawan bermain 10 orang, tetapi kami bolos dan kami fikir apa yang kita buat ni? Tapi itulah cara Scotland,” kata Clarke.

“Inilah peluangnya, satu perlawanan. Kami berikan segala-galanya. Sentiasa ada satu langkah terakhir dan itu selalunya yang paling sukar.”

Dua gol masa kecederaan bawa Scotland ke Piala Dunia pertama sejak 1998

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker