Cklamovski bangga tamatkan 2025 tanpa kalah

Cklamovski bangga tamatkan 2025 tanpa kalah

Cklamovski bangga tamatkan 2025 tanpa kalah
PETER Cklamovski.

Kuala Lumpur: Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, meluahkan rasa bangga dengan prestasi pasukannya selepas menamatkan tahun 2025 dengan kemenangan 1-0 ke atas Nepal.

Beliau berkata, walaupun hanya meraih kemenangan tipis namun perkara penting adalah menutup ‘buku’ 2025 dengan kemenangan tanpa sebarang kekalahan pada penampilan di pentas kelayakan Piala Asia.

“Kami tamatkan 2025 dengan tiga mata penuh. Saya benar-benar bangga dengan barisan pemain yang sentiasa berlatih keras setiap hari untuk menang, dan mereka telah melaksanakan tugas dengan cemerlang.

“Separuh masa pertama menunjukkan tanda-tanda bagaimana untuk menang. Kami lihat ruang yang boleh dimanfaatkan dan itulah mesej yang kami sampaikan kepada pemain pada separuh masa kedua,” katanya, pada sidang media selepas perlawanan, sebentar tadi.

Cklamovski berkata, pasukannya kekal sabar dan tidak panik, sambil terus mengekalkan tempo dan intensiti permainan sepanjang perlawanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Separuh masa kedua bermula dengan baik dan hasilnya muncul dalam bentuk gol kemenangan. Kami tentu mahu menjaringkan lebih banyak gol dan banyak peluang telah tercipta.

“Ini adalah satu lagi kemenangan bersih. Ia diperoleh dengan susah payah, tetapi kami berpuas hati kerana tamatkan 2025 tanpa kalah dan berada di tangga teratas,” katanya.

Cklamovski berharap pencapaian itu memberikan kebanggaan kepada semua rakyat Malaysia yang menonton sama ada di stadium atau di rumah.

“Mesej kami kepada seluruh negara adalah percaya kepada pemain-pemain ini dan percayalah dengan pembangunan bola sepak yang sedang kita bina,” katanya.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan tipis 1-0 menerusi jaringan Faisal Halim.

Cklamovski bangga tamatkan 2025 tanpa kalah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker