Belgium belasah Liechtenstein 7-0 untuk ke Piala Dunia kali ke-15
Belgium belasah Liechtenstein 7-0 untuk ke Piala Dunia kali ke-15

Liege, Belgium: Belgium membelasah Liechtenstein 7-0, awal pagi tadi, untuk mengesahkan tempat mereka di Piala Dunia tahun depan dengan menamatkan kempen tanpa kalah.
Kemenangan kelima dalam lapan perlawanan memberikan Belgium 18 mata di puncak Kumpulan J, dua mata lebih banyak daripada naib juara, Wales dan melayakkan mereka ke kejohanan tahun depan di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS).
Jeremy Doku dan Charles De Ketelaere masing-masing menjaringkan dua gol, manakala Hans Vanaken, Brandon Mechele dan Alexis Saelemaekers turut menyumbang gol apabila tuan rumah menjaringkan empat gol dalam tempoh tujuh minit yang penuh bertenaga pada separuh masa kedua.
Belgium akan bertanding di final Piala Dunia kali ke-15, setelah dua kali mara ke separuh akhir.
Belgium memulakan permainan dengan pantas seperti diminta jurulatih, Rudi Garcia apabila Vanaken menjaringkan gol hasil tandukan daripada hantaran kapten Youri Tielemans selepas 150 saat di Stade Maurice Dufrasne.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Namun, Belgium mengambil masa 32 minit menambah gol kedua apabila Saelemaekers menolak bola dari garisan tepi kepada Doku tidak dikawal.
Doku menjadikan Belgium 3-0 pada minit ke-41 apabila menggelecek melepasi tiga pertahanan lawanan sebelum merembat bola ke dalam gawang.
Hantaran Tielemans pada minit ke-52 membolehkan Mechele menyepak bola ke gawang untuk gol keempat.
Tiga minit kemudian, sepakan Tielemans diselamatkan penjaga gol Liechtenstein, Benjamin Buchel, sebelum Saelemaekers memanfaatkan bola susulan.
Kemudian De Ketelaere menjaringkan dua gol pantas pada minit ke-57 dan ke-59, gol pertama hasil bantuan Doku dan gol kedua hasil hantaran pertahanan Thomas Meunier.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Ini malam yang indah dan sangat menyeronokkan untuk bermain di sini,” tambah De Ketelaere.
“Anda boleh rasakan dari awal. Lagu kebangsaan yang bergema di sini adalah yang terbaik pernah saya alami.”
Belgium sebelum ini dikritik selepas gagal memastikan kelayakan apabila seri 1-1 menentang Kazakhstan pada Sabtu lalu.
“Kami mahu penonton menyokong kami dengan cepat,” kata Vanaken.
Namun, Belgium mengambil masa 32 minit menambah gol kedua apabila Saelemaekers menolak bola dari garisan tepi kepada Doku tidak dikawal.
Doku menjadikan Belgium 3-0 pada minit ke-41 apabila menggelecek melepasi tiga pertahanan lawanan sebelum merembat bola ke dalam gawang.
Hantaran Tielemans pada minit ke-52 membolehkan Mechele menyepak bola ke gawang untuk gol keempat.
Tiga minit kemudian, sepakan Tielemans diselamatkan penjaga gol Liechtenstein, Benjamin Buchel, sebelum Saelemaekers memanfaatkan bola susulan.
Kemudian De Ketelaere menjaringkan dua gol pantas pada minit ke-57 dan ke-59, gol pertama hasil bantuan Doku dan gol kedua hasil hantaran pertahanan Thomas Meunier.
“Ini malam yang indah dan sangat menyeronokkan untuk bermain di sini,” tambah De Ketelaere.
“Anda boleh rasakan dari awal. Lagu kebangsaan yang bergema di sini adalah yang terbaik pernah saya alami.”
Belgium sebelum ini dikritik selepas gagal memastikan kelayakan apabila seri 1-1 menentang Kazakhstan pada Sabtu lalu.
Belgium belasah Liechtenstein 7-0 untuk ke Piala Dunia kali ke-15
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.