Warga Singapura maut, skuter T-Max bertembung kereta
Warga Singapura maut, skuter T-Max bertembung kereta

KLUANG: Lelaki warga Singapura maut selepas skuter berkuasa tinggi ditunggang bertembung sebuah kereta di Kilometer 60, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini, petang semalam.
Nahas jam 4.30 petang membabitkan tiga kenderaan yang menyebabkan mangsa berusia 51 tahun meninggal dunia di lokasi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata siasatan mendapati, nahas berlaku semasa mangsa menunggang skuter jenis Yamaha T-Max dari arah Mersing ke Kluang.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dilaporkan cuba memotong sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di sebelah kiri.
“Sebaik memotong MPV, motosikal terbabit hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung sebuah kereta dipandu lelaki berusia 43 tahun.
“Mangsa cedera parah di badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta cedera di muka, dada dan kaki, menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
“Pemandu MPV, lelaki berusia 43 tahun tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.
Warga Singapura maut, skuter T-Max bertembung kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.