Warga emas ditemui meninggal dunia dalam bilik air

Warga emas ditemui meninggal dunia dalam bilik air

Suami isteri maut, bayi cedera kemalangan 3 kenderaan
Sepasang suami isteri maut, manakala bayi berusia enam bulan cedera apabila Perodua Myvi dinaiki mereka terbabit kemalangan tiga kenderaan di KM54.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, hari ini. – Foto ihsan polis

BACHOK: Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di rumah yang didiami sendirian di Kampung Puah Lima, Taman Jintan Murni di sini, hari ini.

Mayat Jafri Said, 62 dijumpai dalam bilik air di bilik tidur utama oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok.

Komander Operasi BBP Bachok, Mohd Khairul Fais Ariffin, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan awam pada jam 10.53 pagi mengenai mangsa.

Beliau berkata, jiran mangsa memaklumkan bahawa mereka bimbangkan keselamatan warga emas itu selepas mendengar suaranya mengerang kuat, malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Selain itu, katanya, jiran juga mendapati lampu rumah mangsa tidak dibuka sejak malam tadi hingga pagi ini.

“Beberapa hari lalu, mangsa dikatakan mengadu kepada jirannya bahawa dia semakin uzur.

“Disebabkan khuatir mangsa mungkin pengsan atau ada kejadian buruk berlaku, jiran menghubungi bomba untuk meminta bantuan membuka pintu rumahnya yang berkunci.

“Sebaik saja pasukan berjaya memecah masuk rumah itu, hasil pemeriksaan pihak bomba menemui mangsa terbaring dalam bilik air di bilik tidur utama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Khairul berkata, petugas Kementerian Kesihatan yang tiba kemudian mengesahkan warga emas itu sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mati mengejut, dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, ahli keluarga mangsa sudah dimaklumkan berhubung kejadian itu, dan jenazah dijangka dikebumikan selepas solat isyak, malam ini.

Warga emas ditemui meninggal dunia dalam bilik air


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker