‘Saya cuma nak isi minyak, bukan berlumba’
‘Saya cuma nak isi minyak, bukan berlumba’

KUALA LUMPUR: “Saya cuma nak isi minyak, bukan berlumba,” kata remaja lelaki berusia 13 tahun yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Taman Koperasi Polis di sini semalam.
Dia antara 53 penunggang motosikal bawah umur yang dikesan menunggang secara berbahaya dan tidak mempunyai lesen.
Dalam operasi itu, sebanyak 277 motosikal diperiksa dengan 546 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan, dan 65 buah motosikal disita untuk tindakan lanjut.
Remaja itu mendakwa menggunakan motosikal milik bapanya untuk mengisi minyak di kawasan berkenaan.
Namun alasan itu gagal meyakinkan pasukan penguat kuasa selepas risikan yang dijalankan selama seminggu mendapati dia aktif menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Menurut remaja lelaki itu, dia hanya keluar berseronok bersama rakan-rakan dan hanya menjadi penonton.
“Saya tidak buat apa-apa, saya nak isi minyak dan nak tengokĀ member ‘rem‘. Memang kawasan ini selalu ramai terutama cuti hujung minggu,” katanya.
Sementara itu, seorang pekerja pengurusan acara berusia 20 tahun berkata, dia menghabiskan kira-kira RM5,000 untuk mengubahsuai motosikal Yamaha 135 LC milik bapa saudaranya.
“Beberapa pengubahsuaian dilakukan seperti ‘handlebar’, brek, ekzos, dan ubahsuai enjin dilakukan.
“Tetapi tujuan saya bukan untuk berlumba hanya suka-suka bersama kawan-kawan,” katanya.
‘Saya cuma nak isi minyak, bukan berlumba’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.