Rumah pempengaruh dipecah masuk, kerugian hampir RM360,000

Rumah pempengaruh dipecah masuk, kerugian hampir RM360,000

Rumah pempengaruh dipecah masuk, kerugian hampir RM360,000
Pempengaruh Nanad Bebe berkongsi di media sosial mengenai rumahnya di Sungai Long dipecah masuk. FOTO Instragram.

KUALA LUMPUR: Kediaman seorang pempengaruh media sosial dipecah masuk sehingga mengakibatkan kerugian hampir RM360,000 di Bandar Sungai Long, Kajang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 9.03 pagi tadi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati rumah terbabit dipecah masuk ketika penghuni tiada di rumah.

Beliau berkata, pengadu yang juga seorang penjawat awam lelaki berusia 32 tahun, memaklumkan sejumlah barangan berharga termasuk barang kemas milik isterinya serta empat topi keledar jenama Shoei dan Arai, telah hilang dalam insiden itu.

ADVERTISEMENT

Cars stock video 1 5Feb25

“Selain itu, dua motosikal jenis Yamaha RXZ dan Yamaha 135LC V8 yang diletakkan di dalam stor belakang rumah turut dilarikan.

“Pasukan forensik polis telah hadir ke tempat kejadian bagi menjalankan pemeriksaan untuk membantu siasatan.

“Keseluruhan kerugian dianggarkan hampir RM360,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Naazron berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 379A Kanun Keseksaan, dan polis sedang mengesan suspek kes itu.

Beliau sekali gus meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Sharulhasram Ramli, melalui talian 017-2530380 untuk membantu siasatan polis.

Terdahulu, pempengaruh media sosial dikenali sebagai Nanad Bebe, menerusi akaun media sosial beliau memaklumkan kediamannya di Sungai Long telah dipecah masuk pada awal pagi tadi.

Wanita itu yang juga pengasas sebuah butik, turut memuat naik gambar harta benda termasuk dua motosikal yang dilarikan, dan memohon orang ramai membantu jika ternampak barangan itu.

Kediaman seorang pempengaruh media sosial dipecah masuk

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker