Pumas bangkit atasi Scotland
Pumas bangkit atasi Scotland

Johannesburg: Juara dunia Afrika Selatan menyenaraikan Bongi Mbonambi dan Ntuthuko Mchunu ke dalam skuad mereka menjelang ujian Autumn Nations Series menentang Ireland dan Wales, menurut kenyataan SA Rugby, semalam.
Springboks akan berdepan Ireland di Dublin pada 22 November dan Wales di Cardiff tujuh hari kemudian selepas mencatat kemenangan ke atas Jepun, Perancis dan Itali dalam perlawanan lain pada jelajah Eropah mereka.
Pemenang dua kali Piala Dunia, Mbonambi jatuh sedikit dalam hierarki musim ini selepas lama berperanan sebagai pemain simpanan kepada Malcolm Marx.
Dengan jangkaan Marx kembali ke kesebelasan utama untuk ujian di Dublin selepas direhatkan menentang Itali, Mbonambi akan bersaing dengan Johan Grobbelaar untuk tempat di bangku simpanan.
Pilihan utama, Ox Nche, terpaksa pulang ke tanah air selepas mengalami kecederaan ketika menentang Jepun dalam perlawanan pertama jelajah itu di London.
Ini meninggalkan Gerhard Steenekamp dan Boan Venter sebagai pesaing utama untuk jersi No. 1, manakala Thomas du Toit mampu bermain di sebelah kiri barisan hadapan.
Steenekamp dijangka menjadi pemain utama menentang Ireland dengan Mchunu mencabar Venter untuk tempat dalam senarai pemain gantian.
“Ini jelajah lebih panjang daripada biasa dan kami mempunyai perlawanan besar menentang Ireland dan Wales, yang mendorong keputusan untuk memanggil Bongi dan Ntuthuko,” kata ketua jurulatih Rassie Erasmus dalam satu kenyataan.
“Beberapa pemain tidak akan layak dipilih untuk ujian terakhir menentang Wales kerana perlawanan itu berlangsung di luar jendela antarabangsa.
“Jadi adalah masuk akal untuk memanggil pemain-pemain ini sekarang supaya mereka dapat kembali menyesuaikan diri dalam latihan minggu ini, sambil menambah kedalaman skuad untuk cabaran menentang Ireland.”
Dublin menjadi lokasi malang bagi Springboks, yang tewas dalam tiga perlawanan antarabangsa terakhir mereka di ibu negara Ireland, termasuk kekalahan memalukan 38-3 pada 2017.
Pumas bangkit atasi Scotland
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.