Polis tahan 33 penunggang motosikal lawan arus di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Polis tahan 33 penunggang motosikal lawan arus di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Polis tahan 33 penunggang motosikal lawan arus di Jambatan Kedua Pulau Pinang

NIBONG TEBAL: Seramai 33 penunggang motosikal, termasuk seorang warga asing, ditahan dalam operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Kilometer (KM) 3.8 Jambatan Kedua Pulau Pinang menghala ke Batu Kawan, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou, berkata semua lelaki terbabit didapati menunggang motosikal di lorong kereta di jambatan itu ketika operasi dijalankan.

Justeru, katanya, penunggang motosikal terbabit telah diarahkan berhenti kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang.

Namun, beliau berkata, mereka sebaliknya berpatah balik ke arah Batu Maung dengan menunggang motosikal secara melawan arus.

“Tindakan itu amat berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Hasil tindakan pantas pasukan operasi, seramai 33 lelaki berusia dalam lingkungan 16 hingga 27 tahun terdiri daripada 32 warga tempatan dan seorang warga asing, ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Dalam operasi itu, Jay January berkata, pihaknya turut menyita 51 motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sepanjang operasi itu, pemeriksaan telah dilakukan terhadap 110 motosikal dan sebanyak 74 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

“Pada masa sama, JSPT Bukit Aman dan Pulau Pinang serta pihak PLUS turut menjalankan operasi bersepadu motosikal zon utara di daerah Seberang Perai Tengah,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Beliau menegaskan polis akan terus mempergiatkan operasi menumpaskan samseng jalanan di lokasi ‘hotspot’ yang dikenal pasti.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan tidak terbabit sebarang aktiviti lumba haram yang tidak memberikan sebarang faedah,” katanya.

Polis tahan 33 penunggang motosikal lawan arus di Jambatan Kedua Pulau Pinang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker