Motosikal juara hiasi ruang tamu Bezzecchi
Motosikal juara hiasi ruang tamu Bezzecchi

Valencia: Kemenangan di MotoGP Grand Prix (GP) Valencia semalam menyaksikan Marco Bezzecchi memenangi ‘satu pertaruhan’ dengan CEO Aprilia, Massimo Rivola yang membolehkan dia membawa pulang motosikal 2025 miliknya.
Pelumba berusia 27 tahun itu mengesahkan kedudukan ketiga keseluruhan dalam kejuaraan 2025 menerusi perlumbaan pecut kelmarin dan semalam Bezzecchi mendahului GP Valencia dari awal hingga akhir untuk meraih kemenangan utama ketiganya musim ini selepas mengekang asakan hebat daripada Raul Fernandez di penghujung perlumbaan.
Bezzecchi menarik perhatian penonton apabila berhenti untuk ‘melamar’ motosikal RS-GP miliknya sebelum meninggalkan litar.
Ketika ditanya selepas perlumbaan, Bezzecchi berkata aksi itu berkait dengan satu pertaruhan dibuatnya bersama Rivola yang berkata dia boleh menyimpan RS-GP tahun ini jika memenangi tiga perlumbaan GP.
“Saya sangat sayang motosikal saya. Ia sangat hebat. Saya memenangi motosikal ini dalam satu ‘pertaruhan’, kerana Massimo beritahu ‘jika saya mampu memenangi tiga perlumbaan, maka motosikal ini akan ikut saya pulang’.
“Dan saya menang motosikal itu. Jadi saya perlu bertanya kepadanya sama ada dia mahu ‘berkahwin’ dengan saya, dan nasib baik, dia kata ya.”
Ketika ditanya di mana dia akan meletakkan motosikal tersebut, Bezzecchi berkata ia akan menjadi penghias utama ruang tamu rumahnya, di tempat yang dikosongkan sepanjang musim.
“Bukan di bilik tidur saya, tetapi saya ada tempat sempurna,” katanya. “Ia di ruang tamu saya. Saya ada ruang besar yang saya biarkan kosong sepanjang musim, dan ia perkara pertama yang saya lihat apabila masuk ke rumah.
“Jadi, begini, apabila saya pulang dari latihan, saya boleh ingat betul-betul apa yang perlu saya capai.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Bezzecchi berkata kesukaran yang dialaminya dalam perlumbaan sprint adalah “satu tamparan ke muka”, namun itulah yang membuatkannya cukup “marah” untuk bangkit dalam grand prix.
“Semalam, selepas meraih petak utama, saya sangat yakin.
“Tapi dalam sprint saya kena tamparan di muka kerana saya tak mampu berjuang untuk podium.
“Ini, sudah pasti, membuatkan saya marah dan lebih bermotivasi untuk berjuang hari ini. Jadi, saya sangat berpuas hati.”
Fernandez menamatkan saingan di tempat kedua untuk memastikan keputusan satu-dua buat Aprilia, manakala Fabio Di Giannantonio (VR46 Racing) mencuri tempat ketiga pada pusingan terakhir dan meninggalkan pelumba KTM Pedro Acosta di kedudukan keempat.
Motosikal juara hiasi ruang tamu Bezzecchi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.