Litar ‘mat rempit’ bawah umur digempur
Litar ‘mat rempit’ bawah umur digempur

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggempur lokasi tumpuan ‘mat rempit’ bawah umur yang menjadikan jalan di Taman Koperasi Polis Fasa 1 dan 2 di sini, sebagai litar uji motosikal mereka.
Selain menguji kepantasan, kumpulan ini yang rata-rata berusia 13 hingga 17 tahun itu juga didapati melakukan tunggangan berbahaya dan membuat bising di kawasan sekitar.

Operasi penguatkuasaan bermula jam 5.30 petang semalam itu turut disertai 16 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam, berkata operasi berkenaan memeriksa 277 motosikal dengan 546 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan, dan 65 buah motosikal disita untuk tindakan lanjut.
“Ketika operasi dijalankan kita mengesan mereka ini menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi seperti wheelie, superman, tunggangan zig-zag dan perlumbaan haram yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Bukan sahaja tidak memakai topi keledar malah mereka ini tiada lesen memandu,” katanya pada sidang media Operasi Satria Jalanan di sini, malam tadi.

Daripada pemeriksaan dijalankan, 53 remaja berusia bawah 16 tahun menunggang motosikal.
“Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap individu berumur bawah 16 tahun yang menunggang motosikal, yang membawa hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam (6) bulan.
“Kami juga memberi amaran kepada pemilik motosikal atau ibu bapa yang boleh dikenakan tindakan kerana membenarkan individu tanpa lesen menggunakan kenderaan mereka,” katanya.

Hamidi berkata, dalam operasi berkenaan kesalahan tiada lesen memandu dikesan sebagai kesalahan tertinggi dengan 122 notis saman dikeluarkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Selain tiada lesen memandu, beberapa kesalahan utama lain turut dikesan antaranya tiada lesen kenderaan motor (LKM) / cukai jalan (90 kes); tiada perlindungan insurans (85 kes); lain-lain kesalahan (termasuk tidak memakai topi keledar) (75 kes); memandu bawah umur (53 kes) dan kesalahan ubah suai (42 kes).
“Ada antara mereka juga menghabiskan ribuan ringgit dengan menukar eksoz, mengubahsuai enjin dan pelbagai ubahsuai yang mengganggu struktur asal kenderaan,” katanya.
Litar ‘mat rempit’ bawah umur digempur
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.