Hakimi, Salah, Osimhen rebut anugerah Pemain Lelaki Terbaik Afrika 2025

Hakimi, Salah, Osimhen rebut anugerah Pemain Lelaki Terbaik Afrika 2025

Hakimi, Salah, Osimhen rebut anugerah Pemain Lelaki Terbaik Afrika 2025
SALAH, Osimhen dan Hakimi berpeluang merebut anugerah Pemain Lelaki Terbaik Afrika 2025. FOTO CAF

Johannesburg: Achraf Hakimi dari Maghribi, Victor Osimhen (Nigeria) dan sensasi Mesir, Mohamed Salah disenarai pendek untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik Afrika 2025, umum Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF), semalam.

Ghizlane Chebbak dan Sanaa Mssoudy dari Maghribi serta Rasheedat Ajibade dari Nigeria pula menjadi calon bagi anugerah Pemain Wanita Terbaik Afrika.

Walaupun sedang mengalami kecederaan, pertahanan kanan Hakimi membantu Paris Saint-Germain memenangi Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama dan menamatkan saingan sebagai naib juara di belakang Chelsea dalam Piala Dunia Kelab.

Jika cergas, pemain berusia 27 tahun itu akan mengetuai Maghribi selaku tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika bermula 21 Disember, ketika mereka memburu gelaran pertama sejak 1976.

Pemenang anugerah Afrika dua kali, Salah kini bergelut dengan prestasi tidak menentu selepas musim luar biasa yang membantu Liverpool menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali ke-20, menyamai rekod.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Pemain berusia 33 tahun itu memenangi anugerah Kasut Emas EPL 2024-25 dengan 29 gol, enam lebih banyak daripada Alexander Isak, yang kini berpindah dari Newcastle United ke Liverpool.

Osimhen yang bermain untuk gergasi Turki, Galatasaray tampil cemerlang kebelakangan ini untuk kelab dan negara, namun beberapa pencapaiannya tidak diambil kira kerana tarikh akhir penilaian juri ialah 15 Oktober.

Ia mengecualikan penjaring hatrik Liga Juara-Juara menentang Ajax di Amsterdam dan dua gol dalam kemenangan playoff Piala Dunia 2026 ke atas Gabon pada Khamis lalu.

Bintang Paris Saint-Germain, Ajibade, dinobatkan sebagai pemain terbaik Piala Negara-Negara Afrika Wanita tahun ini selepas Nigeria bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan tuan rumah Maghribi 3-2 dalam final.

Chebbak, yang kini bermain di Arab Saudi dan merupakan anak kepada bekas bintang Maghribi, Larbi Chebbak, muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Seorang lagi penyerang Maghribi, Mssoudy, membantu kelab FAR Rabat menjadi antara yang terkuat di Afrika. Mereka memenangi Liga Juara-Juara Wanita CAF tiga tahun lalu dan mara ke separuh akhir edisi 2025 pada hujung minggu ini.

Majlis anugerah tahunan bagi kategori lelaki dan wanita akan berlangsung di ibu negara Maghribi, Rabat, pada Rabu.

Ahli jawatankuasa teknikal dan pembangunan CAF, jurulatih, bekas pemain bintang dan wakil media terpilih merupakan pihak yang memilih calon-calon anugerah tersebut.

Achraf Hakimi dari Maghribi, Victor Osimhen (Nigeria) dan sensasi Mesir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker