DR Congo singkir Nigeria, layak play-off Afrika

DR Congo singkir Nigeria, layak play-off Afrika

DR Congo singkir Nigeria, layak play-off Afrika
DR Congo singkir Nigeria, layak play-off Afrika

Johannesburg: Republik Demokratik Congo meleburkan harapan Nigeria untuk layak ke Piala Dunia 2026 selepas menang melalui penentuan penalti pada final play-off Afrika, awal pagi tadi.

DR Congo dan Nigeria terikat 1-1 selepas masa tambahan dalam aksi di Rabat dan pasukan Afrika tengah itu menang 4-3 menerusi sepakan penalti untuk mara ke play-off antara konfederasi di Mexico pada Mac tahun depan.

Dalam penentuan penuh debaran dengan empat sepakan diselamatkan dan satu lagi tersasar, kapten DR Congo, Chancel Mbemba, tetap tenang menyempurnakan penalti kemenangan walaupun botol dibaling ke arahnya dan hujan lebat mencurah, ketika negara itu mengintai kemunculan semula ke pentas dunia selepas sekian lama.

Dua daripada penalti diselamatkan penjaga gol gantian Timothy Fayulu, yang menggantikan Lionel M’Pasi pada minit terakhir masa tambahan.

DR Congo dikenali sebagai Zaire ketika kali terakhir layak ke Piala Dunia pada 1974. Debut mereka tidak menggembirakan gagal menjaringkan gol dan dibolosi 14 kali, termasuk sembilan gol ketika menentang Yugoslavia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Nigeria berada 19 anak tangga lebih tinggi daripada DR Congo dalam ranking dunia dan menjadi pilihan sebelum perlawanan, tetapi DR Congo bangkit selepas bolos awal dan kelihatan lebih berpeluang untuk menang apabila permainan berlarutan.

Nigeria yang mengambil masa 78 minit untuk membuka jaringan ketika menang 4-1 ke atas Gabon dalam separuh akhir tiga hari lalu, mendahului dalam tempoh tiga minit menentang DR Congo.

Satu hantaran lintang gagal dikeluarkan dengan kemas dan rembatan deras rendah dari luar kotak penalti oleh pemain tengah Brentford, Frank Onyeka, terkena pertahanan Burnley, Axel Tuanzebe, sebelum menewaskan M’Pasi.

DR Congo perlahan-lahan bangkit daripada kejutan bolos awal menentang Super Eagles itu dan menyamakan kedudukan selepas 32 minit.

Penyerang veteran Cedric Bakambu membuat hantaran lintang, dan apabila kapten Nigeria Wilfred Ndidi gagal mengawal bola dalam kotak enam ela, Mechak Elia pantas merembat masuk menewaskan penjaga gol Stanley Nwabali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Penyerang bintang Nigeria, Victor Osimhen yang menjaringkan lima gol dalam dua penampilan terakhirnya mengalami kecederaan lewat babak pertama dan digantikan oleh Akor Adams untuk separuh masa kedua.

Semakin permainan memasuki penghujung masa sebenar, kedua-dua pasukan bermain lebih berhati-hati, terutama Nigeria, yang hampir menghadiahkan gol kepada DR Congo pada minit ke-83 selepas kekalutan melibatkan Nwabali, tetapi percubaan Mahmoud Mayele sedikit tersasar.

DR Congo menyangka mereka mendahului pada minit ke-19 masa tambahan, namun pengadil dari Maghribi membatalkan jaringan itu atas alasan Noah Sadiki melakukan kekasaran.

Kemenangan ini melayakkan DR Congo ke mini-kejohanan enam negara antara konfederasi di Guadalajara dan Monterrey bermula 23 Mac.

Wakil Afrika itu menjadi negara ketiga mengesahkan tempat selepas Bolivia dan New Caledonia, dengan tiga slot lagi akan ditentukan pada awal pagi Rabu untuk kejohanan yang tidak melibatkan pasukan Eropah.

Iraq menjadi tuan rumah kepada Emiriah Arab Bersatu di Basra selepas perlawanan pertama penentu Asia berakhir 1-1 di Abu Dhabi pada Khamis lalu.

Jamaica dan Panama pilihan utama untuk menjadi dua wakil Amerika Tengah/Karibia, tetapi Suriname, Curacao, Honduras, Haiti dan Costa Rica juga berpeluang layak.

Dua pasukan dengan ranking tertinggi akan menerima bye ke final perlawanan tunggal, manakala empat pasukan lain bertemu dalam separuh akhir perlawanan tunggal. Pemenang kedua-dua final akan mara ke Piala Dunia.

Dianjurkan oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, kejohanan terbesar dunia pada Jun–Julai 2026 itu akan menampilkan rekod 48 negara, meningkat daripada 32 pasukan pada edisi terakhir di Qatar tiga tahun lalu.

Sembilan wakil Afrika yang layak secara automatik ialah Algeria, Cape Verde, Mesir, Ghana, Ivory Coast, semifinalis Piala Dunia 2022 Maghribi, Senegal, Afrika Selatan dan Tunisia.

DR Congo singkir Nigeria, layak play-off Afrika

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker