Digantung terbalik, dikurung dalam bilik gelap – Mangsa seksaan sindiket di Kemboja

Digantung terbalik, dikurung dalam bilik gelap – Mangsa seksaan sindiket di Kemboja

Digantung terbalik, dikurung dalam bilik gelap - Mangsa seksaan sindiket di Kemboja
Rao (dua dari kiri) disambut Hishamuddin (tiga dari kanan) di KLIA Terminal 1 selepas selamat dibawa pulang dari Kemboja. – NSTP/SAMADI AHMAD

SEPANG: Digantung secara terbalik dengan kedua-dua belah kaki terikat ke atas, tidak berbaju dan dikurung dalam bilik gelap.

Itu antara seksaan dialami seorang lelaki rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Poipet, Kemboja, sebelum berjaya diselamatkan dan dibawa pulang oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Rao, 24, bekerja sebagai pemandu lori sebelum ditawarkan pekerjaan di sebuah kasino oleh seorang rakan di Johor.

Katanya, rakan itu mendakwa mempunyai ‘orang dalam’ dan menawarkan pekerjaan bergaji ASD1,000 di luar negara.

Rao berkata, beliau sempat bekerja tiga hari di kasino sebelum dipindahkan ke tempat lain untuk melakukan penipuan yang menyasarkan rakyat Malaysia membeli barangan tidak wujud.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Namun, saya tidak berminat dengan kerja itu menyebabkan sindiket yang didalangi warga China mula menyeksa saya dan meminta wang tebusan RM30,000 jika mahu dibebaskan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, di sini, hari ini.

Sebelum ini, keluarga Rao dilaporkan berkata, lelaki itu bertolak ke Kemboja pada 27 Oktober lalu untuk bekerja di kasino, namun tidak pernah memulakan kerja.

Mereka dipetik berkata, Rao menyatakan hasrat untuk pulang tetapi ejen menuntut bayaran RM30,000.

Susulan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Skudai pada 7 November lalu.

Sementara itu Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata keluarga mangsa hadir pada sidang media Jumaat lalu untuk mendedahkan kehilangan Rao dan bagaimana dia dipujuk bekerja di Laos, kononnya di kasino, namun akhirnya diseludup masuk ke Kemboja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Beliau berkata, MHO menasihati keluarga agar tidak membuat sebarang bayaran kerana berisiko tinggi terus ditipu sindiket.

“Selepas sidang media itu, MHO menerima maklumat mengenai enam rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia,” katanya.

Hishamuddin berkata, MHO kemudian berkoordinasi dengan Kementerian Dalam Negeri Kemboja dan pasukan ‘task force’ di sana.

Daripada enam mangsa itu, beliau berkata, sindiket membebaskan dua individu membabitkan Rao dan seorang lagi mangsa dari Klang.

“Mangsa kedua bagaimanapun terlepas penerbangan pulang hari ini, dan dijangka tiba di Malaysia jam 12 tengah hari esok,” katanya.

Digantung terbalik, dikurung dalam bilik gelap – Mangsa seksaan sindiket di Kemboja

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker