50 murid, guru tadika berdepan detik cemas premis terbakar
50 murid, guru tadika berdepan detik cemas premis terbakar

CHUKAI: Lima puluh murid dan guru tadika Raudhatul Athfal di sini, berdepan detik cemas apabila premis mereka terbakar pagi tadi.
Seorang guru, Nur Amyrah Salihah Mohd Yusoff, berkata ketika kejadian jam 10 pagi, 46 murid berusia empat hingga enam tahun sedang bersarapan selepas selesai sesi mengaji dan solat.
Kebakaran disedari orang awam yang melalui premis tersebut sebelum memberitahu mereka ruang atas bangunan yang menempatkan empat kelas dipenuhi asap tebal.
“Saya dan tiga lagi guru terus bergegas membawa murid keluar dari bangunan, kemudian kami lihat api menjulang tinggi dan menyambar seluruh ruangan bahagian atas sebelum merebak ke bahagian lain,” katanya ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kemaman, Penolong Penguasa Bomba, Saariah Hassan, berkata kebakaran membabitkan bangunan satu tingkat separa kekal yang terbakar kira-kira 70 peratus.
Sepasukan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemaman dan BBP Chukai bergegas ke lokasi kejadian selepas panggilan kecemasan diterima pada 10.09 pagi.
“Ketika bomba tiba semua penghuni dalam premis itu telah keluar dengan selamat dan api sedang marak,” katanya.
50 murid, guru tadika berdepan detik cemas premis terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.