Treler bawa logam oksida terbakar di lebuh raya ELITE, bomba ambil masa 12 jam padam api
Treler bawa logam oksida terbakar di lebuh raya ELITE, bomba ambil masa 12 jam padam api

KUALA LUMPUR: Operasi memadamkan kebakaran sebuah lori treler dengan muatan bahan oksida di Kilometer 28 Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengambil masa 12 jam sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya pagi ini.
Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 9.25 malam tadi menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil bersama bantuan BBP Cyberjaya serta Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Shah Alam ke lokasi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kebakaran menyebabkan kira-kira 80 peratus struktur treler musnah.
Menurutnya, lori berkenaan membawa muatan logam oksida terdiri daripada aluminium atau zink oksida dengan kerja pemadaman dijalankan sebaik pasukan tiba di lokasi,
“Api hanya dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.25 pagi ini selepas pasukan operasi dapat memastikan tiada percikan atau tindak balas daripada bahan oksida yang dibawa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Seterusnya, operasi susulan dijalankan iaitu mengalihkan treler yang berada di bahu jalan. Pada mulanya, kita menggunakan backhoe untuk mengalihkan treler, namun tidak dapat dilakukan kerana berisiko berlaku kebakaran semula,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, pengalihan dengan bantuan jentera berkenaan tidak dapat dilakukan akibat bahan yang dibawa mudah terbakar yang mana sentuhan besi jentera itu dengan lori boleh menghasilkan percikan api dan menghasilkan kebakaran semula.
“Setelah perbincangan, operasi mengalihkan lori di bahu jalan dengan teknik menolak lori ke cerun anggaran berketinggian lima kaki berlantaikan rumput,” katanya.
Treler bawa logam oksida terbakar di lebuh raya ELITE, bomba ambil masa 12 jam padam api
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.