LUAS kesan bau abnormal di LRA Rantau Panjang
LUAS kesan bau abnormal di LRA Rantau Panjang

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan bau abnormal sehingga enam ton di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Kuala Selangor hari ini.
Agensi itu berkata, kejadian sekitar jam 12 tengah hari menyebabkan pihaknya mengaktifkan Kod Kuning mengikut Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air Selangor untuk tindakan siasatan menyeluruh serta pencegahan segera.
Selain itu, pemantauan intensif dengan kekerapan setiap 30 minit juga diaktifkan di titik pemantauan statik di Sungai Selangor dan mengerakkan siasatan menjejaki punca bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
“Pada masa sama, projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) turut diaktifkan bagi meningkatkan faktor pencairan dan seterusnya membantu mempercepatkan aliran tercemar melepasi kawasan muka sauk loji.
“Sebanyak 1,500 juta liter sehari (JLH) air keseluruhan disalurkan ke Sungai Selangor bermula jam 2 petang sehingga dihentikan jam 4.30 petang tadi apabila bacaan bau dalam sungai kembali normal dengan bacaan kosong ton di muka sauk loji,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LUAS berkata, siasatan sehingga jam 5 petang meliputi beberapa kawasan antaranya Sungai Sembah dan Sungai Selangor mendapati keadaan adalah normal dan tiada penemuan sebarang punca kepada bau abnormal terbabit.
“Bagaimanapun, kami terus terus menjalankan semakan susulan di hulu Sungai Selangor di beberapa kawasan aktiviti yang dikenal pasti berpotensi menyebabkan bau abnormal berkenaan.
“Keadaan semasa adalah terkawal,” katanya.
LUAS kesan bau abnormal di LRA Rantau Panjang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.