‘Jangan cabar undang-undang…’

‘Jangan cabar undang-undang…’

'Jangan cabar undang-undang...'
Deputi Komisioner Mohd Rozi Jidin (tengah) memeriksa motosikal ditahan dalam operasi dekat persimpangan lampu isyarat Permatang Pauh menghala Ampang Jajar, malam tadi. – Foto TVN

BUTTERWORTH: Tindakan kumpulan penunggang motosikal termasuk remaja bawah umur yang tidak serik menjadikan laluan dekat persimpangan lampu isyarat Permatang Pauh menghala Ampang Jajar, di sini sebagai litar lumba haram jelas mencabar undang-undang.

Aktiviti tidak berkesudahan itu dikesan dalam operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama JSPT Pulau Pinang, bermula jam 11 malam tadi.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan, Kawalan Lalu Lintas dan Pengurusan Saman JSPT Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata operasi malam tadi bukan pertama dan lokasi berkenaan juga bukan asing bagi kumpulan penunggang motosikal terbabit.

“Mereka tahu dan sudah biasa (aktiviti merempit). Malah, ada yang pernah dua atau tiga kali ditangkap sebelum ini, tapi masih datang dan buat aktiviti sama. Ketika ditahan, mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi seperti mereka seolah-olah mencabar penguat kuasa undang-undang dan tak sayang nyawa,” katanya kepada pemberita ketika turut serta dalam operasi berkenaan.

Dalam operasi itu, 350 penunggang motosikal bersama kenderaan mereka dibawa ke balai untuk pemeriksaan lanjut dan sekurang-kurangnya 250 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Ada dapat lima hingga tujuh saman. Amat menyedihkan dalam operasi ini, kita juga lihat ada remaja umur 15 tahun turut terlibat dan tiada lesen, malah spesifikasi motosikal tiada ciri-ciri keselamatan. Disebabkan itu, kita perlu beri kesedaran kepada masyarakat supaya sama-sama memastikan bahawa aktiviti ini dapat kita hentikan,” katanya.

Beliau meminta pengguna jalan raya tidak mencabar undang-undang dan mematuhi segala peraturan ditetapkan demi keselamatan diri serta orang lain.

“Jangan lihat nyawa sebagai tidak bernilai. Pesanan saya kepada remaja dan mereka yang tidak serik terlibat dalam aktiviti lumba haram ini, tolong hentikan sebelum perbuatan anda sendiri menghentikan nyawa anda,” katanya.

‘Jangan cabar undang-undang…’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker