11 warga asing ditolak kemasukan ke negara ini kerana disyaki bukan pelancong tulen
11 warga asing ditolak kemasukan ke negara ini kerana disyaki bukan pelancong tulen

BUKIT KAYU HITAM: Pihak berkuasa menolak kemasukan 11 warga asing ke negara ini semalam selepas disyaki bukan pelancong tulen dan tidak mematuhi syarat kemasukan.
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kesemua warga asing terbabit terdiri daripada seorang lelaki warga India, dua lelaki dan dua wanita warga Thailand serta lima lelaki dan seorang wanita warga China.
Beliau berkata, hasil semakan dan sesi soal siasat mendapati kesemua warga asing terbabit berusia anggaran 30-an hingga 40-an.
“Mereka gagal mengemukakan alasan kukuh tujuan memasuki Malaysia dan tidak mematuhi kriteria kemasukan yang sudah pun ditetapkan.
“Sehubungan itu, semua individu terbabit telah diarahkan berpatah balik ke negara asal melalui laluan masuk yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
11 warga asing ditolak kemasukan ke negara ini kerana disyaki bukan pelancong tulen
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.