Warga Bangladesh maut disambar petir di Ayer Keroh

Warga Bangladesh maut disambar petir di Ayer Keroh

Warga Bangladesh maut disambar petir di Ayer Keroh
Pekerja binaan warga Bangladesh maut akibat disambar petir di atas bumbung rumah yang masih dalam pembinaan di Taman Ayer Keroh Height

MELAKA: Pekerja binaan warga Bangladesh maut akibat disambar petir di atas bumbung rumah yang masih dalam pembinaan di Taman Ayer Keroh Height, di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.42 petang.

Katanya, sebuah jentera dan enam anggota dikejarkan ke lokasi bagi operasi menyelamat dan tiba lapan minit kemudian.

“Sejurus tiba pasukan mendapati mangsa terbaring di atas bumbung dan dibawa turun menggunakan pengusung sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 3.42 petang,” katanya dihubungi di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Mohd Hafidzatullah berkata, penyelia tapak pembinaan memaklumkan ketika kejadian cuaca hanya mendung dan tiada hujan.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pekerja lelaki berusia 20 tahun itu mahu membawa turun peralatan kerja dari atas bumbung rumah yang sedang dalam pembinaan sebelum tiba-tiba disambar petir.

Warga Bangladesh maut disambar petir di Ayer Keroh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker