Tiada penerbangan terjejas akibat bumbung bocor di Terminal 1 – MAHB
Tiada penerbangan terjejas akibat bumbung bocor di Terminal 1 – MAHB

KUALA LUMPUR: Kebocoran bumbung akibat ribut di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 tidak menjejaskan jadual penerbangan.
Perkara itu dimaklumkan pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada BH malam ini.
“Fungsi teras lapangan terbang termasuk pemprosesan penumpang, pergerakan terminal serta sistem penting seperti aerotrain dan sistem pengendalian bagasi tidak terjejas
“Tiada gangguan penerbangan disebabkan oleh insiden kebocoran itu,” katanya.
Dalam satu kenyataan berasingan, MAHB mengesahkan air bertakung membabitkan bahagian terjejas sudah pun dibersihkan dalam masa satu jam setengah.
Selain itu, MAHB mengesahkan kaunter pendaftaran masuk zon K dan L sudah dibuka semula selepas sistem di kawasan terbabit dinilai serta diklasifikasi selamat untuk digunakan.
“Pemeriksaan teknikal masih dijalankan dan beberapa fungsi sokongan masih dipantau dengan rapi,” kata syarikat itu.
Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 26 saat yang memaparkan kejadian kebocoran air dipercayai berlaku di balai pelepasan di KLIA Terminal 1.
Julai tahun lalu, kejadian yang sama berlaku selepas siling ruang istirahat Gate G6 Terminal 1, KLIA mengalami sedikit kebocoran akibat hujan lebat luar biasa.
Tiada penerbangan terjejas akibat bumbung bocor di Terminal 1 – MAHB
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.