Ronaldo berisiko terlepas aksi pembukaan Piala Dunia selepas kad merah
Ronaldo berisiko terlepas aksi pembukaan Piala Dunia selepas kad merah

Lisbon: Harapan Cristiano Ronaldo untuk beraksi pada perlawanan pembukaan Portugal di Piala Dunia tahun depan kini tergugat selepas bintang itu dilayangkan kad merah ketika tumbang 0-2 kepada Republik Ireland, awal pagi tadi.
Insiden di Dublin itu menyaksikan Ronaldo pada mulanya menerima kad kuning kerana didakwa menyiku pertahanan Ireland, Dara O’Shea. Namun selepas pengadil meneliti rakaman Video Bantuan Pengadil (VAR) di tepi padang, hukuman itu dinaikkan kepada kad merah sekali gus menjadi kali pertama Ronaldo dibuang padang dalam 226 penampilan bersama Portugal.
Jurulatih Portugal, Roberto Martinez mempertahankan tindakan kaptennya itu.
“Apabila dia cuba melepaskan diri daripada pertahanan, aksi itu nampak lebih buruk daripada apa yang sebenarnya berlaku. Saya tak fikir ia siku, lebih kepada pergerakan badan.
“Kami terima keputusan itu. Ia boleh jadi kad merah, tetapi mesti atas sebab yang tepat,” kata Martinez.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Ronaldo akan digantung satu perlawanan secara automatik ketika Portugal melayan kunjungan Armenia pada Ahad ini. Portugal kini mendahului Kumpulan F dengan kelebihan dua mata ke atas Hungary dan boleh mengesahkan tiket Piala Dunia dengan kemenangan.
Namun, peraturan disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyatakan penggantungan minimum dua perlawanan dikenakan bagi ‘aksi berbahaya’.
Sekurang-kurangnya tiga perlawanan bagi tingkah laku ganas termasuk insiden menyiku bergantung keputusan panel disiplin FIFa yang dijangka mengambil masa beberapa minggu.
Penting untuk Portugal, aksi persahabatan pra-Piala Dunia tidak dikira untuk melunaskan sebarang hukuman.
Martinez sekali lagi mempertahankan anak buahnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Dia kapten yang tak pernah dibuang padang dalam 226 perlawanan. Ia keputusan yang agak keras kerana dia sangat mengambil berat tentang pasukan,” katanya.
Ronaldo kini memburu penampilan keenam di pentas Piala Dunia.
Ronaldo berisiko terlepas aksi pembukaan Piala Dunia selepas kad merah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.