Pengasas, pasangan program eHati lari ke luar negara – Ketua Polis Selangor

Pengasas, pasangan program eHati lari ke luar negara – Ketua Polis Selangor

Pengasas, pasangan program eHati lari ke luar negara - Ketua Polis Selangor
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar sahkan pengasas eHati dan pasangannya sudah lari ke luar negara 13 Oktober lalu.

SHAH ALAM: Dua individu termasuk pengasas sebuah program motivasi rumah tangga eHati yang berdepan pendakwaan di mahkamah dipercayai melarikan diri ke luar negara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, wanita itu dan suaminya dipercayai meninggalkan negara pada 13 Oktober lalu, sehari sebelum pertuduhan terhadap mereka dibuat di mahkamah.

“Semakan mendapati mereka keluar mengikut laluan sah sebelum waran tangkap dikeluarkan,” katanya pada sidang media pelupusan barang kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Shazeli berkata, polis mengenal pasti negara pasangan itu melarikan diri dan sedang berhubung dengan rakan strategik di negara terbabit untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, beliau mengesahkan mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas dua individu termasuk pengasas eHati kerana gagal hadir di mahkamah pada hari pertuduhan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Dalam perkembangan yang sama, seramai 95 individu dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 di sini, pada September tahun lalu.

Siasatan polis turut mendapati berlaku adegan bogel dalam acara Queen’s Night dalam penganjuran itu membabitkan empat individu yang menjadi fasilator bagi program itu.

Pengasas, pasangan program eHati lari ke luar negara – Ketua Polis Selangor

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker