Pegawai imigresen didakwa 11 pertuduhan guna kedudukan peroleh suapan
Pegawai imigresen didakwa 11 pertuduhan guna kedudukan peroleh suapan

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas 11 pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan bagi dirinya berhubung permohonan program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) membabitkan tiga syarikat milik saudaranya.
Berdasarkan semua pertuduhan itu, Noorhaslenda Zainal Abidin, 45, sebagai Pegawai Imigresen KP22 di Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen, didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan dengan mengesyorkan kelulusan permohonan RTK bagi syarikat Tok Tuan Enterprise, Tok Tuan 2 Enterprise dan Dyha Scarft.
Syarikat itu adalah milik saudaranya dan tertuduh mempunyai kepentingan terhadap perniagaan itu.
Noorhaslenda didakwa melakukan kesalahan itu di Unit RTK Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen, Putrajaya antara Mac hingga November 2023, mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694] dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.
Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Hakim Rosli Ahmad kemudian menetapkan 16 Disember untuk sebutan kes dan membenarkan ikat jamin RM30,000 bagi semua pertuduhan, selain perlu menyerahkan pasport dan melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ruzaini Sarif, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA
Pegawai imigresen didakwa 11 pertuduhan guna kedudukan peroleh suapan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.