Niat selamatkan rakan tergelincir berakhir tragedi, dua penuntut IPG lemas

Niat selamatkan rakan tergelincir berakhir tragedi, dua penuntut IPG lemas

Niat selamatkan rakan tergelincir berakhir tragedi, dua penuntut IPG lemas
– Foto hiasan

SETIU: Keseronokan mandi sungai berakhir tragedi apabila dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Nerus, ditemukan lemas di Sungai Pelong, Setiu, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.15 pagi berhampiran Sungai Dusun Warisan Pelong.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris, berkata mangsa yang lemas, Adam Arief Jazlansanadi, 19, dari Kuala Lumpur dan Muhammad Hazmi Othman, 19, dari Sungai Petani, Kedah.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa pertama (Adam) dipercayai tergelincir dan berpaut pada rakannya.

“Mangsa kedua (Muhammad Hazmi) dipercayai terjun ke dalam air untuk menyelamatkan mangsa pertama namun dia juga lemas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Mohd Zain berkata, hasil temubual dengan rakan mangsa, mereka pergi ke Sungai Dusun Warisan Pelong untuk Program Kelas IPG Batu Rakit.

“Mangsa adalah pelajar IPG Batu Rakit yang datang bersama 24 rakan yang lain.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mereka sedang mandi, yang mana Adam Arief yang duduk di atas batu di tepi tebing tergelincir dan um cuba diselamatkan rakannya tetapi gagal kira-kira jam 11.15 pagi.

“Hazmi dipercayai terjun untuk menyelamatkan Adam Arief yang dihanyutkan air tetapi gagal kerana air berpusar,” katanya.

Mayat Hazmi dijumpai dan selang 50 minit kemudian mayat Adam Aried ditemui hasil bantuan orang kampung kira-kira jam 12.05 tengah hari.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Kedua-dua mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Setiu untuk proses bedah siasat.

Niat selamatkan rakan tergelincir berakhir tragedi, dua penuntut IPG lemas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Niat selamatkan rakan tergelincir berakhir tragedi, dua penuntut IPG lemas
– Foto hiasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker