Mbappe tinggalkan kem Perancis akibat kecederaan buku lali

Mbappe tinggalkan kem Perancis akibat kecederaan buku lali

Mbappe tinggalkan kem Perancis akibat kecederaan buku lali
Pemain Perancis, Kylian Mbappe, memberi tepukan kepada penyokong selepas perlawanan.- Foto Reuters

Paris: Bintang Perancis, Kylian Mbappe terpaksa meninggalkan kem skuad Les Bleus dan kembali ke Madrid susulan kecederaan buku lali yang masih berlarutan.

Penyerang berusia 26 tahun itu sebelum ini meledak dua gol ketika membantu Perancis membelasah Ukraine 4-0 di Paris, sekali gus mengesahkan slot ke Piala Dunia tahun depan.

Namun, masalah radang pada buku lalinya memaksa pengurus Didier Deschamps bersama staf perubatan Real Madrid membuat keputusan memanggilnya pulang untuk rawatan lanjut.

Mbappe kini mengumpul 400 gol dalam karier, termasuk 55 jaringan bersama Perancis, hanya ketinggalan dua gol di belakang rekod sepanjang zaman Olivier Giroud. Menurut laporan ESPN, pemain itu dijadualkan menjalani imbasan semalam dan disahkan akan terlepas aksi menentang Azerbaijan.

Mbappe tinggalkan kem Perancis akibat kecederaan buku lali


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker