KLIA bocor akibat ribut

KLIA bocor akibat ribut

PUTRAJAYA: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan berlaku kebocoran air akibat ribut yang menjejaskan beberapa bahagian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, hari ini.

MAHB dalam satu kenyataan berkata, pasukan kejuruteraan, operasi dan keselamatan sudah digerakkan bagi mengendalikan situasi berkenaan.

Katanya, keutamaan diberikan kepada keselamatan penumpang, usaha kawalan, serta perlindungan terhadap sistem elektrik.

KLIA bocor akibat ribut
KLIA bocor akibat ribut

MAHB turut memaklumkan keadaan cuaca ekstrem dijangka berterusan sehingga lewat petang dan langkah pemantauan dipertingkatkan.

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 26 saat yang memaparkan kejadian kebocoran air dipercayai berlaku di balai pelepasan di KLIA Terminal 1.

Julai tahun lalu, kejadian yang sama berlaku selepas siling ruang istirahat Gate G6 Terminal 1, KLIA mengalami sedikit kebocoran akibat hujan lebat luar biasa.

“Kami sedang berhubung rapat dengan rakan syarikat penerbangan untuk meminimumkan sebarang impak operasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

MAHB turut memaklumkan keadaan cuaca ekstrem dijangka berterusan sehingga lewat petang dan langkah pemantauan dipertingkatkan.

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 26 saat yang memaparkan kejadian kebocoran air dipercayai berlaku di balai pelepasan di KLIA Terminal 1.

Julai tahun lalu, kejadian yang sama berlaku selepas siling ruang istirahat Gate G6 Terminal 1, KLIA mengalami sedikit kebocoran akibat hujan lebat luar biasa.

 

KLIA bocor akibat ribut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker