Inspektor Sheila buat tiga laporan polis
Inspektor Sheila buat tiga laporan polis

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali ‘Inspektor Sheila’ membuat tiga laporan polis susulan insiden membabitkan dirinya termasuk kes terbaharu di sebuah gerai makan bawah pokok ketapang seperti yang tular di media sosial, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata laporan pertama dibuat pegawai berusia 37 tahun itu kerana tidak berpuas hati terhadap tangkapannya mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang tugas penjawat awam).
Katanya, laporan itu dirujuk kepada laporan asal mengikut prosedur siasatan.
Pada 4 November lalu, Sheila menuduh anggota polis tidak mengetahui undang-undang ketika mereka menahan seorang lelaki warga Pakistan yang memandu tanpa lesen sah dalam satu insiden di ibu kota.
“Laporan polis kedua dibuat Sheila kerana beliau mendakwa anggota polis tidak menghormatinya sebagai pegawai kanan polis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Kes itu diklasifikasikan Tiada Tindakan Lanjut (NFA) serta dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk semakan dalaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Fadil berkata, laporan ketiga dibuat selepas Sheila mendakwa tidak berpuas hati terhadap seorang peniaga di sebuah gerai makan di bawah pokok ketapang di Jalan Dang Wangi seperti dalam kejadian yang tular di media sosial itu.
“Kes ini diklasifikasi sebagai Tiada Kesalahan Dikesan (NOD) selepas semakan mendapati tiada elemen kesalahan,” katanya.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 43 saat memaparkan pertengkaran antara Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar dengan seorang lelaki dipercayai pemilik gerai makan berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan Sheila didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis di hadapan sebuah restoran pada minggu lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Sheila mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian kira kira jam 9.30 malam pada 4 November lalu, beliau didakwa menuduh anggota polis tidak mengetahui undang-undang ketika pasukan itu menahan seorang lelaki warga Pakistan yang memandu tanpa lesen sah.
Beliau turut mendakwa anggota polis mengugut lelaki warga Pakistan berkenaan serta memperlekeh dirinya, sebelum laporan polis dibuat terhadapnya dan siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Inspektor Sheila digantung tugas sejak 23 Jun 2023 berhubung beberapa kes lampau termasuk menghina anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas.
Inspektor Sheila buat tiga laporan polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.