Depay selamatkan Belanda, tinggal satu mata untuk ke Piala Dunia

Depay selamatkan Belanda, tinggal satu mata untuk ke Piala Dunia

Depay selamatkan Belanda, tinggal satu mata untuk ke Piala Dunia
Donyell Malen dari Belanda melepaskan percubaan ke arah gol. – Foto Reuters

Warsaw: Belanda mengekalkan kedudukan selesa di puncak Kumpulan G selepas seri 1-1 dengan Poland, sekali gus hanya memerlukan satu mata dalam aksi terakhir untuk mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2026.

Poland terlebih dulu di depan menerusi Jakub Kaminski pada penghujung babak pertama selepas menerima hantaran cantik daripada Robert Lewandowski sebelum menewaskan Bart Verbruggen dalam situasi satu lawan satu.

Namun kelebihan itu tidak bertahan lama. Dua minit selepas babak kedua bermula, kesilapan penjaga gol Poland, Kamil Grabara yang gagal menilai hantaran silang Cody Gakpo membuka ruang kepada Donyell Malen melakukan tandukan. Terselamat pada percubaan pertama, bola muntah terus disambar Memphis Depay untuk gol penyamaan.

Gol itu adalah jaringan kelapan Depay dalam kempen kelayakan kali ini, sekali gus melonjakkan rekod peribadinya kepada 55 gol dalam 107 penampilan bersama Belanda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Kedua dua pasukan bergelut mencipta peluang jelas selepas itu meskipun melakukan beberapa pertukaran pemain, namun tempo kekal tinggi hingga ke penghujung perlawanan.

Kekalahan mengejut Finland kepada Malta membantu memastikan Belanda dan Poland sah menamatkan kempen di dua tangga teratas kumpulan, dengan Poland kini hanya boleh merampas gelaran juara kumpulan jika Belanda tewas kepada Lithuania dan mereka sendiri membelasah Malta dalam perlawanan terakhir.

Kapten Belanda, Virgil van Dijk yang menyamai rekod 71 penampilan sebagai kapten milik Frank de Boer, mengakui ia perlawanan yang sukar.

“Terutama bila berdepan blok rendah, kami gagal cipta banyak peluang jelas dan hilang bola yang menyebabkan mereka dapat serang balas. Nasib baik kami dapat gol penyamaan awal,” katanya.

Belanda akan melayan kunjungan Lithuania di Amsterdam dengan hanya satu mata diperlukan untuk menutup kempen dengan slot automatik ke Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Depay selamatkan Belanda, tinggal satu mata untuk ke Piala Dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker