Datuk 61 tahun kahwin gadis 19 tahun, mas kahwin HRV

Datuk 61 tahun kahwin gadis 19 tahun, mas kahwin HRV

Datuk 61 tahun kahwin gadis 19 tahun, mas kahwin HRV
Tangkap layar video menunjukkan pasangan pengantin bergambar bersama sijil pernikahan mereka di atas pelamin. – Instagram

JAKARTA – Seorang warga emas berusia 61 tahun mengundang perhatian orang ramai apabila mengahwini seorang gadis berumur 19 tahun dan memberikan mas kahwin berupa sebuah kereta, lapor portal berita Tribunnews.

Perbezaan usia kira-kira 42 tahun tidak menghalang pasangan dari Jepara, wilayah Jawa Tengah itu untuk mendirikan rumah tangga.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @pembasmi.kehaluan.reall menunjukkan pasangan tersebut bergambar di atas pelamin sambil memegang sijil pernikahan mereka.

Pengantin lelaki bernama Haji Duriyanto itu menyerahkan sebuah kereta jenis Honda HR-V kepada isterinya sebagai mas kahwin.

Klip video itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Definisi sebenar tidak memandang rupa dan usia kecuali harta,” kata seorang netizen.

“Itu pilihan hidup dia,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Datuk 61 tahun kahwin gadis 19 tahun, mas kahwin HRV


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker