Anggota polis cedera motosikal dihimpit kereta dipandu warga emas mabuk
Anggota polis cedera motosikal dihimpit kereta dipandu warga emas mabuk

IPOH: Seorang anggota polis cedera akibat kemalangan selepas motosikalnya dihimpit sebuah kereta dipercayai dipandu seorang warga emas dalam keadaan mabuk di Lorong Bercham 1 di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata kejadian itu menyebabkan Konstabel Muhammad Jasrol Aiman Jasni, 24, mengalami kecederaan ringan pada tangan.
Katanya, pemandu kereta terbabit yang juga seorang lelaki berusia 60 tahun dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata, polis menerima laporan melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ipoh kira-kira jam 10.40 malam berhubung kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan kereta jenis Honda CR-V.
“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdahulu, kereta dari arah Balai Bercham menghala ke Bandar Ipoh itu telah ditahan anggota polis terbabit setiba di lampu isyarat simpang Lorong Bercham 1,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Abang Zainal Abidin berkata, pemandu itu bagaimanapun didakwa cuba melarikan diri dengan membelokkan keretanya ke Lorong Bercham 1.
Ketika anggota polis itu mengekori hingga ke tempat kejadian, katanya, kereta dipandu suspek didakwa tiba-tiba menghimpit motosikal ditunggang anggota terbabit menyebabkan ia hilang kawalan dan mangsa terjatuh ke atas jalan.
Beliau berkata, anggota polis itu kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan, manakala pemandu terbabit ditahan untuk tindakan lanjut.
“Ujian hembusan nafas menggunakan alat EBA-II di BSPT Ipoh (Unit Penguatkuasaan) mendapati kandungan alkohol dalam badan suspek ialah 200 miligram (mg) / 100 mililiter (ml) darah, iaitu melebihi had ditetapkan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Anggota polis cedera motosikal dihimpit kereta dipandu warga emas mabuk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.