Anggota polis cedera dirempuh samseng jalanan umur 14 tahun
Anggota polis cedera dirempuh samseng jalanan umur 14 tahun

MARANG: Seorang anggota polis cedera pada tangan selepas dirempuh samseng jalanan dalam Ops Motosikal di Jalan Medan Jaya-Rusila, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd Sofian Redzuan, berkata terdahulu pihaknya melakukan serbuan sekitar jam 6.45 petang ke atas sekumpulan penunggang motosikal yang berkumpul dan membuat bising di lokasi berkenaan.
Namun ketika serbuan itu, katanya, seorang daripada penunggang motosikal terbabit yang juga remaja berusia 14 tahun, bertindak agresif dengan merempuh Koperal Nor Asri Muhammad, 37.
Susulan itu, beliau berkata, remaja terbabit ditahan dan motosikalnya dirampas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Ops Motosikal itu dijalankan dua pegawai bersama 22 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Pasukan mendapati sekumpulan penunggang motosikal beraksi secara berbahaya dan membuat bunyi bising di sekitar Jalan Medan Jaya-Rusila sehingga mengganggu ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Dalam serbuan itu, beliau berkata, pihaknya menahan 28 kanak-kanak dan remaja berusia antara 10 hingga 17 tahun, selain menyita 24 motosikal mengikut Seksyen 64 APJ 1987.
“Sebanyak 119 saman turut dikeluarkan terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya.
Beliau sekali gus mengingatkan ibu bapa agar lebih peka terhadap pergerakan anak-anak, khususnya membabitkan penggunaan motosikal.
Anggota polis cedera dirempuh samseng jalanan umur 14 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.