Aisha Retno Kongsi Momen Bertemu Ariana Grande & Cynthia Erivo [VIDEO]
Netizen & Rakan Selebriti Teruja!
Aisha Retno Kongsi Momen Bertemu Ariana Grande & Cynthia Erivo [VIDEO]
![Aisha Retno Kongsi Momen Bertemu Ariana Grande & Cynthia Erivo [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/11/310b443d-4a1d-41fe-bcee-d8cb4ef455c2-1024x602-1.webp)
Penyanyi, Aisha Retno berkongsi rasa teruja apabila berpeluang untuk bertemu dengan dua bintang filem muzikal, Wicked iaitu Ariana Grande dan Cynthia Erivo ketika menghadiri tayangan perdana filem tersebut di Universal Studios Singapore, semalam.
Kongsi Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, menceritakan bahawa dia mengalami pengalaman yang menakjubkan apabila mewakili Malaysia ke tayangan perdana sekuel filem Wicked: For Good di Singapura selain menjadi peminat kepada Ariana dan Cynthia sejak dahulu.
“Mewakili Malaysia untuk tayangan perdana filem Wicked ini. Saya sayangkan awak Ariana, saya sayangkan awak Cynthia. Saya sememangnya berubah kerana dua orang yang hebat ini.
Alhamdulillah, saya peminat mereka sejak dahulu lagi. Terima kasih UIP Malaysia atas peluang keemasan ini. Glinda dubber Malaysia signing off! hehe.”-kongsi Aisha Retno di Instagram
Netizen & Rakan Selebriti Teruja!
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa teruja dan ‘cemburu’ melihat Aisha momennya diapit Ariana dan Cynthia yang turut sempat menyanyikan lagu runut bunyi For Good bersama-sama di acara tayangan perdana filem tersebut.
“LOVE LOVE LOVEEEEEEEEEEEE.”-Azfar Heri
“OMGGG 😭😭❤️❤️.”-Elvina Mohamad
“OMGGG YESSSSS love ❤️😭.”-Hunny Madu
“Sangat bangga dengan awak 🥹.”
“Living the dream omgggg so proud of u🩷💚.”Shaza Bae
“Adik!! 🩷💚🩷💚 Glinda bertemu Glinda.”-Liza Hanim
“Gembira untuk awak bb!.”-Yazmin Aziz
“Kami kat rumah ni mampu peluk bantal je hm.”
“Kenangan manis sekali seumur hidup ni.”
“Please describe Ari bau macam mana hahaha.”
“Damnnn mesti nervous kann.”
“Nak nangis la, post lagi banyak-banyak.”
Sekadar info, Aisha terdahulu telah terpilih untuk menjadi penyumbang suara kepada watak Glinda, yang dilakonkan oleh Ariana Grande bagi versi alih suara bahasa Malaysia untuk filem Wicked.
Aisha Retno Kongsi Momen Bertemu Ariana Grande & Cynthia Erivo [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.