Wanita nekad terjun kereta bimbang dipukul suami

Wanita nekad terjun kereta bimbang dipukul suami

Wanita nekad terjun kereta bimbang dipukul suami
Tangkap layar daripada video tular wanita keluar daripada kereta yang sedang bergerak di Jalan Lencongan Timur didakwa untuk melarikan diri daripada dipukul suami

SUNGAI PETANI: Seorang wanita bertindak nekad terjun daripada kereta dipandu suaminya yang sedang bergerak di Jalan Lencongan, di sini, semalam dipercayai bimbang dipukul suami.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata berikutan itu pihaknya menerima satu laporan daripada mangsa yang mendakwa terpaksa bertindak sedemikian demi keselamatan dirinya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati berlaku pergelutan ketika itu menyebabkan wanita berkenaan bertindak demikian.

“Sebelum itu, mangsa mendakwa diseret masuk ke dalam kereta oleh suaminya ketika berada di sebuah stesen minyak di Sungai Lalang kira-kira jam 6 petang.

Hanyan berkata, berdasarkan siasatan pasangan itu sudah berkahwin sejak Oktober 2024 dan tinggal berasingan sejak sebulan lalu kerana mangsa mendakwa kerap dipukul.

“Berikutan itu, suami mangsa ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Media sebelum ini melaporkan, polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung pergaduhan dengan seorang wanita di Lencongan Timur di sini semalam.

“Sepanjang perjalanan itu, berlaku pergelutan menyebabkan mangsa cuba melepaskan diri daripada suami yang dipercayai dalam keadaan marah.

“Namun sewaktu tiba di lokasi, mangsa nekad terjun selepas membuka pintu kereta bahagian penumpang kerana dipercayai berasa takut dengan tindakan suami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hanyan berkata, berdasarkan siasatan pasangan itu sudah berkahwin sejak Oktober 2024 dan tinggal berasingan sejak sebulan lalu kerana mangsa mendakwa kerap dipukul.

“Berikutan itu, suami mangsa ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung pergaduhan dengan seorang wanita di Lencongan Timur di sini semalam.

Wanita nekad terjun kereta bimbang dipukul suami


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker