Remaja perempuan, ‘kekasih’ didenda RM5,000 khalwat dalam tandas kolej

Remaja perempuan, ‘kekasih’ didenda RM5,000 khalwat dalam tandas kolej

Remaja perempuan, 'kekasih' didenda RM5,000 khalwat dalam tandas kolej
Foto hiasan

MELAKA: Seorang pelajar Tingkatan 5 dan teman lelakinya masing-masing didenda RM2,000 dan RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Ayer Keroh, hari ini, selepas mengaku bersalah berkhalwat di dalam tandas sebuah kolej vokasional, di sini, semalam.

Hakim Syarie, Mohd Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pemberatan hukuman dikemukakan pihak pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh, Muhammad Aqil Hakimi Azri, 20, dan pelajar perempuan berusia 17 tahun itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda, namun mereka menjelaskan bayaran berkenaan melalui keluarga masing-masing.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Aqil Hakimi didapati berkurung yang mendatangkan syak dengan seorang perempuan bukan isteri atau mahramnya di dalam tandas perempuan kolej berkenaan kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 53 (1) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi 24 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Sementara itu, pelajar perempuan terbabit didakwa mengikut Seksyen 53 (2) enakmen sama, iaitu berkurung dengan lelaki bukan muhrimnya atau suami pada tarikh, masa dan di tempat sama, jika disabitkan boleh didenda maksimum RM2,000 atau dipenjarakan sehingga 24 bulan atau dengan kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Radzwan Abdullah manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam rayuan Muhammad Aqil Hakimi yang juga bekas pelajar di sekolah sama dan kini bekerja dengan syarikat konsesi pembersihan memohon denda ringan kerana menanggung keluarga, manakala remaja perempuan itu memberi alasan masih belajar.

Radzwan dalam hujahnya menegaskan kesalahan penzinaan dilakukan kedua-dua tertuduh adalah dosa besar yang dilarang selaras perintah Allah dan memohon hukuman berat dikenakan.

Katanya, kesan kesalahan itu amat serius kerana banyak keburukan sehingga menjadi kesalahan di akhirat kelak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


“Hukuman yang dikenakan perlulah mencerminkan kepentingan menjaga maslahah ammah dan maqasid syariah menjadi sandaran utama dalam membanteras kesalahan ini.

“Apatah lagi kes sebegini semakin meningkat dan perlu dikekang demi menjaga keutuhan undang-undang syariah,” katanya.

Berdasarkan siasatan pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), tertuduh lelaki lelaki mengaku melakukan hubungan seks dengan pelajar terbabit di dalam tandas berkenaan.

Seorang pelajar Tingkatan 5 dan teman lelakinya masing-masing didenda

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker